Assalamu’alaikum…

Hari ni kita jimatkan tenaga, tak payah cerita panjang-panjang, terus je cerita pasal lauk kita ni. Ikan Bawal Kukus ni dah pernah saya siarkan sebelum ni. Cuaca kat luar tu redup je, tak dapat cahaya cukup pulak ikan ni. Tak apalah kan, yang penting resepinya dan rasanya yang sedap.

Ikan Bawal Kukus ni kalau tak ada air asam pun tak kisah sebab dah cukup rasa masam, manis dan pedasnya. Kalau cicah air asam, memang tambah ummph la rasanya. Dah bertahun-tahun saya guna resepi ni, dan anak-anak daripada yang besar sampai ke yang kecik sekali (2 tahun lebih) sukakan ikan kukus ni. Tiap kali masak licin sampai tinggal tulang ” Alhamdulillah “.

Ikan bawal kukus nih ade m-macam cara boleh buat. Dalam entry yang dulu, saya guna sos tiram kan. Kali nih saya guna sos ikan pulak. Rasanye, wallah memang mengancam. Cuma saya memang selalu tak berkesempatan nak buat air asam. Kadang-kadang rasa rugi pon ye buat air asam. Makannye sikit aje untukk cicah last-last ikan bawal nih ratah macam tu je laa dengan nasi putih. Llicin sampai ke tulang jugak. Hihihiiii

Hasilnya? Memang sedap. Sebenarnya guna resepi campak2 pun ok… Janji kena dengan selera kita. Kalau nak tengok resepinya saya ada tuliskan di bawah ni.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 3 biji bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • Sedikit daun sup

Bahan perasa:

  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara memasak:

  • Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan bawal dan kelar-kelas badan ikan bawal ini.
  • Potong swmua bawang dan halia nipis-nipis kemudian tabur di dalam pinggan dan sekeliling ikan bawal.
  • Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan.
  • Satukan semua bahan sesoning dan curahkan ke atas ikan bawal didalam mangkuk.
  • Potong tomato dan daun bawang dan tabur ke atas ikan bawal ini.
  • Kukus ikan bawal selama 30 – 40 minit atau sehingga ikan cukup masak.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

Boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Talapia

Incoming search terms:

Resepi Ikan Bawal Kukus Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *