Assalamu’alaikum…

Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy belakang Istana Negara memang sangat famous among crowds especially yang mana berkerja di tengah kotaraya mahupun di sekelilingnya seperti Brickfields/Bangsar or Cheras. Seperti kami yang menumpang bangunan Telekom Malaysia Brickfields, antara port lunch yang menjadi sebutan memang ikan bakar Jalan Bellamy lah jawabnya. Disebabkan kefamosan itu lah bila pergi time weekdays, nak makan or menikmatinya adalah sangat terhad coz kesuntukan waktu lunch hour memang full-house, if ade rezeki. Dapatlah duduk kat kedai No 3..or I panggel kedai Kak Jat.

Selalunya terpaksa pegi kedai lain and akan mengundang riak-riak kekecewaan. hehehe… Kawasan Medan Ikan bakar ini tidaklah terlalu luas, parking juga seringkali full cuma last year. Dah open satu lagi tempat parking yang mana boleh dikatakan menambahkan keselesaan jugak la, kedudukan yang agak dalam kawasan redup serta tumbuhan hijau di belakang Istana.

Memang membangkitkan selera untuk menikmati Ikan Bakar buat santapan tengahhari ditemani Lai Chee Kang sejuk penyejuk anak tekak dan juga keenakan air asam boi yang pada perkiraan peribadi. Agak sukar untuk diperolehi di tengah kota ini yang cukup enak dan rasanya, kebanyakannya hanya mahal tapi langsung tak de kualiti di samping itu. Ada Masjid yang berdekatan, bagi yang nak menunaikan solat Zohor sebelum or selepas makan, boleh lah berkunjung ke situ, tandas awam juga disediakan bagi yang memerlukan.

Okey, kita tengok sahaja resepinya di bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan (jenis ikan terpulang dengan citarasa anda)
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu mentega cair
  • 4 sudu air jeruk nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar yang diperlukaan
  • Kunyit yang diperlukan

Cara Penyediaaan:

  • Bersihkan ikan dari sisik dan bahagian dalam ikan.
  • Bawang putih dipotong dengan halus. Daun ketumbar ditumbuk agak kasar.
  • Ikan yang telah dibersih dilumurkan dengan air jeruk nipis, kunyit, bawang putih, daun ketumbar dan garam .
  • Campuran tersebut dibiarkan selama sekurang-kurangnya setengah jam agar semua bahan campuran tadi meresap.
  • Ikan dibakar di atas kuali ‘non-stick’ atau di dalam oven. Ikan bakar lebih sedap kalau dibakar dengan menggunakan kayu arang. Sekiranya, kayu arang digunakan, bakar ikan dengan api yang kecil dan pastikan kulit ikan tidak terkena api secara langsung. Ini adalah untuk memastikan isi dalaman betul-betul masak dan mengelakan kulit ikan dari hangit .
  • Sambil mambakar, mentega cair disapukan untuk menambahkan keenakan. Sekiranya, anda tidak mahu menggunakan mentega cair, daun pisang atau daun lengkuas boleh digunakan.
  • Bungkus ikan dengan daun pisang atau lengkuas dan bakar.
  • Semasa membakar, pastikan membalik ikan berkali-kali supaya kedu-dea belah ikan tersebut dimasak penuh.
  • Setelah dibakar selalunya beberapa minit, ikan siap untuk disajikan.

Air Asam

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka )
  • 1 biji buah tomato
  • 1 bawang merah (besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • Garam
  • Gula
  • Perisa (Ajinomoto)

Cara Penyediaan:

  • Asam jawa diperah dengan anggaran 1 cawan air suam dan dileraikan dengan sudu kemudian diambil patinya.
  • Langkah pertama diulangi dengan menggunakan 1/2 cawan air suam untuk mengambil baki pati air asam tadi.
  • Air asam yg telah diambil patinya telah disediakan dan diketepikan.
  • Belacan dibakar. Kemudian lenyekkan dan hancurkan belacan tadi dgn menggunakan sudu dan sedikit air asam yg telah diperah tadi.
  • Bawang merah dikupas kulitnya dan dipotong halus. Simpan bawang merah itu dalam satu bekas berlainan. Tomota juga dipotong dan dicampurkan sekali.
  • Cili padi dipotong kecil-kecilan dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang ada bawang merah.
  • Bawang putih yang telah pun direbus, ditumbuk sekali dan dicampurkan sekali.
  • Garam dan gula yang secukupnya dimasukkan. Perisa seperti ajinomoto boleh dicampurkan untuk menambahkan kesedapan air asam.
  • Kemudian, masukkan belacan diikuti dengan pati air asam yang telahpun disediakan pada awal tadi di dalam mangkuk tersebut.
  • Akhirnya, gaulkan semua bahan-bahan tersebut. Pastikan air asam tidak pekat atau cair sangat. Sekiranya pekat air suam ditambah. Kalau terlalu cair, tambahkan bahan masakan seperti cili, bawang merah atau tomota ikut citarasa anda sendiri.
  • Sekarang, air asam telah pun disiap untuk dimakan bersama ikan bakar.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Mee Kari yang Sedap dan Spesial

Resepi Ikan Bakar Bellamy yang Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *