Assalamu’alaikum…

Hari ni…nak masak-masakan negeri sembilan, Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli. Kalau biasanya kat rumah mak, mak akan salaikan dulu ikan tu…baru digulaikan. Tapi kat bandar ni….susahlah skit.. Terdetik juga di hati nak beli tempat bakar ikan tu…tapi nanti…bimbang…kalau-kalau jiran marahlah pulak banyak asap…mengganggulah. Mak kata….mak pun dah tak boleh nak makan lauk salai-salai ni…sebab akan menyebabkan rasa nak pitam…gelap-gelap mata, so…pendamkan sajalah hasrat nak bakar-bakar ikan atau daging tu…

Namun…kalau ikan keli ni….kurang sedap kalau digulai begitu sahaja. Jadinya tak dapat salai, kita gorenglah dahulu…separuh masak. Biasanya kalau bab mengoreng ni….saya amat cerewet… Memang tak biasalah macam orang-orang lain buat tu….hanya setakat serbuk kunyit dan garam sahaja. Biasanya…saya akan blenderkan bawang putih, halia, kunyit ketul, serai hiris (bahagian yg putih shj) dan bawang merah kecil. Bahan ni akan digaulkan dengan ikan tu, tambahkan skit serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jangan lupa sedikit garam, barulah goreng ikan tu. Tapi kalau nak goreng ayam lain skit ramuannya.

Saya akan gaulkan bahan blender tadi dan sedikit rempah tadi, garam dan ditambah pula dengan kelapa segenggam serta tepung goreng ayam yang dalam kotak tu…. Tapi…hati-hatilah…kalau dah goreng tu…anak-anak akan datang kat tepi pinggan tu dan amik satu-satu….hehe…jangan marah… Sebab tu kalau saya nak masak ayam yang perlu digoreng dahulu seperti masak merah ayam, beriani, black papeer….lebih baiklah lebihkan semasa beli ayam tu. Kalau biasa masak seekor…., saya akan beli seekor setengah….sebab…takut-takut bila nak masak ayam tu…, ayam gorengnya dah tinggal skit pulak…haha….sabar je…lah… Alaa…sementara anak-anak masih di sisi nii…kita layan je…lah mereka nii, nanti bila dah besar, dah pergi kolej ke…, dah kahwin ke…dah kesunyianlah kita…, masak pun agaknya dah tak bersemangat lagi…ya ke….hehe…

Sebenarnya resepi saya nii….ikut suka je….sebab kalau biasa…orang masak gulai tempoyak ikan ni…campur petai sahaja. Kalau nak campur belimbing buluh tu…tak yah bubuh petai dah. Tapi saya nak dua-dua, sebab dua-dua saya suka… Orang negeri sembilan …suka masak gulai yang dicampur dengan bahan yang masam-masam, mungkin petua orang dulu-dulu….untuk pecahkan lemak/kolesterol dalam badan…sebab tu mereka sihat je…tak banyak penyakit pun….hehe..

Untuk maklumat lanjut, marilah kita merujuk kepada langkah-langkah yang dikongsi yang dibuat di bawah ni.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan keli yang sedang besarnya. Disiang dan dicuci bersih dengan beberapa biji air asam limau dan garam dan di rendam sekejap supaya hilang lendir2nya dan tidak hanyir. Dibilas 2 3 kali kemudian di potong ikut suka…tos kan.
  • 5 biji cili merah dan beberapa tangkai cili kering, ikut kepedasan. Boleh juga gantikan dengan cili api, bunda lebih suka cili kering….
  • 3 biji bawang merah, 1″ kunyit hidup atau kunyit serbuk, 1 batang serai diketuk, boleh juga letak sehelai daun kunyit yang di siat2…
  • Tempoyak…agak2lah ikut kepekatan yang disukai…kalau tempoyak kurang masam boleh tambah asam keping.
  • Semangkuk air sebagai kuahnya.
  • Garam dan perasa secukup rasa.

Cara-cara:

  • Cili, kunyit dan bawang di tumbuk hingga lumat. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi beserta serai dan tempoyak, kacau rata dan didihkan sebentar.
  • Kemudian masuk ikan… di kacau2 dan sesuaikan kuantiti air dengan ikan dan juga tempoyak tadi. Setengah orang suka pekat kuahnya, tapi bunda suka kuahnya sedang2 saja.
  • Masukkan asam keping sekiranya tempoyak kurang masam. Didihkan dengan api yang sederhana.
  • Setelah mendidih bolehlah diletak garam dan perasa sesedap rasa…. juga daun kunyit yang di siat2kan.
  • Kalau suka boleh ditambah bendi atau timun atau apa2 sayur yang sesuai, bunda letak timun..
  • Bila ikan dah elok masak… tutup api dan bolih dihidangkan.

Tips : Petua gulai cili padi sedap bergantung pada buah kelapa yang digunakan. Saya akan memilih sendiri kelapa yg betul-betul tua dan tidak rosak di kedai…sebelum dimesin….hehe…

Selamat mencuba…!!!

Read More: Kongsi Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sawi Jeruk yang Sangat Sedap

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *