Assalamu’alaikum…

Selamat petang… ni adalah entri semalam iaitu hari jumat di mana saya telah memasak Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan yang memang menjadi hidangan untuk sarapan orang Kelantan. Saya belajar resepi ini dari Kak Zainab, kawan senegeri yang dikenali semasa ke surau Ad Dhuha. Baru-baru ini, saya telah menggunakan resepi ini juga tetapi untuk menyediakan Gulai Telur Masin yang diletakkan sekali belimbing buluh. Kesedapan gulai tersebut menyebabkan saya memasaknya sekali lagi. Tetapi kali ini, menggunakan ikan yang direbus dan dibiarkan semalaman.

Gulai ini sedap dimakan dengan sambal yang dipanggil oleh orang Kelantan sebagai sambal lada di mana, ianya menggunakan cili kering dan ada juga yang menggunakan cili padi atau dipanggil lada cengek. Bagai melengkapkan hidangan lauk nasi berlauk, saya masukkan sekali ikan kering yang dicelur seketika dengan gula dan juga timun di samping belimbing buluh. Kalau tak ada belimbing buluh, bolehlah digunakan asam keping.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan tongkol yang agak besar(yang besar lebih sedap dan guna ikan Aya hitam yang isinya putih dan lembut bila masak) dicuci juga dengan air asam jawa dan dibersihkan direbus dengan sedikit air dan dibubuh asam keping agak banyak (10) dan pastikan ada rasa masimnya ….bubuh garam la tu)
  • 10 ulas bawang merah(kalau guna bawang merah besar 4 biji dah cukup)
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 sudu besar cili giling(kalau guna lada kering 4 biji )
  • 1/2 inci kunyit dan kalau guna serbuk kunyit 1/2 sudu teh aja
  • 2 keping asam keping/gelugur
  • Santan..biar cukup untuk ikan tersebut
  • Lada Hijau
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak (yang orang-orang tua punya resipi tak guna minyak)

Cara-cara:

  • Tumbuk atau blender bawang merah, lengkuas, kunyit dan lada kering hingga lumat/hancur.
  • Tumis bahan blender tadi dengan minyak yang sedikit.(kalau menu asal santan dicampur dengan bahan tumbuk tadi dan terus masak…yang ini kalau tidak kacau betul-betul ia akan berketul-ketul)
  • Bila bahan blender dan sedikit naik bau masukkan santan dan lada hijau.dan asam keping.
  • Masukkan juga ikan yang telah direbus tadi…kacau elok-elok untuk memastikan ikan tidak hancur.
  • Kalau ada sedikit air rebusan ikan tadi boleh dimasukkan sekali.
  • Rasalah masim dan manisnya dengan memasukkan gula dan garam(gulai ni lebih sedap ada rasa masim dan sedikit manis dan pada ikannya rasa masim dan masam asam keping tadi)
  • Angkat bila betul-betul mendidih dan sedikit naik manyak.
  • Akhir sekali, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan.

Bila anda nak ke kelantan jangan hairan sebab pagi-pagi lagi orang kelantan dah makan nasi berlauk kerana memang budaya mereka. bagaimana resepi gulai ikan tongkol yang saya kongsikan mudah kan?.. sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.

Selamat mencuba…

Read More: Resepi Sandwich Sardin Sedap, Mudah dan Ringkas

 

Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *