Assalamu’alaikum…

Teringin makan kuih hidangan pagi? Apa kata anda cuba Resepi Cucur Udang Rangup yang boleh dibuat sendiri di rumah. Resepi cucur udang rangup menjadi satu makanan yang tak asing di masyarakat Malaysia. Ramai orang yang menyukai masakan berasas udang, hampir semua restoran pasti ada membuat masakan udang. Tapi bila nak buat cucur udang yang rasanya lebih sedap dan jimat wang, saya cadangkan untuk mencuba masak sendiri kat rumah. Anda boleh sesuka hati menggunakan udang paling best dan segar.

Orang kata cucur udang best dekat alor gajah. Betul ke? Popular dekat sana kan. Ada dua jenis pencicah untuk dimakan bersama cucur ni. Satu sos cili satu kuah kacang. Saya suka sos cili. Resepi cucur udang ini memang sedap. Jika anda orang Utara, biasanya cucur udang dimakan bersama kuah kacang. Cucur udang menjadi pilihan menu yang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan minum petang.

Biasanya bila nak buat cucur udang, masalahnya masuk minyak berlebih saat digoreng dan akhirnya menjadi lembik. Itu membuat hilang selera makan kita. Bila dah gigit cucur tu, keluar minyak dari mulut kita. Disini saya akan kongsikan satu resepi cucur udang yang rangup dan lembut. Saya baru-baru teringat nak kongsi resepi ini selepas makan kat kedai mamak haji. Sebelum membuat cucur udang yang rangup, pastikan anda menggunakan sudip yang leper supaya bahagian tepi cucur menjadi lebih crispy.

Memang best kan cucur udang bila dimakan tambah-tambah waktu santai dengan air teh panas. Dengan isi cucur dalam yang lembut, manis rasa udang tapi rangup di luar. Untuk dapatkan cucur udang yang rangup, anda harus cuba resepi ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggut)
  • 3 – 4 sudu tepung gandum
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • 1 putih telur
  • 1 genggam taugeh – cuci dan toskan
  • 1 camca besar minyak masak
  • 1 cekak kucai – potong pendek
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh serbuk “pasti sedap knorr”
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng terendam
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit

Cara Memasak:

  • Dalam satu bekas, masukan semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng, air, dan garam. selepas itu gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi suatu adunan yang tidak cukup cair atau pekat. selepas tu tambah garam sedikit dan gaul rata. rehatkan sejenak.
  • Selanjutnya panaskan minyak terndam dalam kuali. selepas tu panaskan sudip leper dalam minyak, keluarkan sudip kemudian sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang atas sudip. ratakan biar leper.
  • Langsung celup dalam minyak panas dan biarkan mengeras sedikit. selepas tu tanggalkan dengan hujung pisau perlahan-lahan.
  • Goreng dengan minyak sederhana panas hingga rangup dan berwarna keemasan. lepas tu angkat dan toskan. lalu buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap.

Tips:

  • Sekali goreng cuma buat 5 keping dan agar lebih sedap hidangkan bersama sos cili. Hhmmm… Sedaaap…

Itu sahaja resepi cucur udang rangup. Goreng cucur guna minyak sederhana panas supaya cucur menjadi rangup. Minyak yang tak panas membuat cucur menjadi masuk minyak berlebih, bila terlalu panas membuat cucur menjadi hangit. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Resepi Tom Yam Thai Asli yang Sedap dan Istimewa

Resepi Cucur Udang Rangup yang Harus Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *