Assalamualaikum.

Resepi Asam Pedas Sardin Sedap dan Simple Terkini – Saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah ke blog saya ini. Maaf yer dah lama gak saya tak mengentrikan resepi. Pertamanya disebabkan keaadaan saya yang kurang sihat ni maklum lah klu dah semam selsema dan batuk tu. Semua malas nak buat. Kalau boleh nak baring yer ngadap tv, bawak pulak sebiji bantal, makan ubat terus baring depan tv. hehe….

Periuk belaga semua kena gantung. Hari ni alhamdulillah adalah kurang sikit rasa demam tu. Tulah pulak kalau demam dah kebah tu nak makan ajelah rasanya. Selongkar almari ternampak pulak sardin dalam tin, terfikir pulak nak buat asam pedas sardin. Kalau ader rasa masam-masam sikit lauk tu barulah ader selera nak makan. makan pulak dengan nasi panas…walahh…okelah… Jom intai resepi asam pedas sardin versi saya ni, simple jer bahannya. Almaklumlah baru kebah dari demam, semua nya nak mudah.

Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 5 batang bendi (kalau ada stok)
  • 1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 tangkai daun kesum (kalau ada stok)
  • 2 sudu minyak

Bahan-bahan Blend:

  • 10 cili kering- gunting & rebus
  • 1 bawang besar
  • 2 bawang putih
  • 2hiris lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 sudu belacan

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak dan masukkan bahan blend. (beku pun tak per, cuma minyak bunyi bising)
  • Masak sambil kacau-kacau hingga cair sepenuhnya dan terus masak hingga naik minyak.
  • Masukkan sardin bersama sosnya.
  • Boleh guna asam jawa. Kalau nak guna asam keping cukup 1 sahaja.
  • Bancuh asam jawa dengan 2 mangkuk air.
  • Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
  • Bila me fidih masukkan bendi.
  • Masukkan pula daun kesum. Jika ada bunga kantan juga sesuai dicampurkan.
  • Sesuaikan rasanya dan siap.

Resepi ni simple tapi jadi pilihan keluarga. Mungkin ramai yang tak suka sardin, tapi ramai juga penggemar sardin. Sardin ni boleh masak macam-macam dan saya suka mencuba pelbagai masakan untuk sardin ni. Asam pedas ni jadi kegemaran family dan senang nak masak. Kalau dah terlambat saya masak jer asam pedas sardin, gerenti licin. Anak-anak saya dan My Suami suka sangat. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Ikan Cencaru Sumbat Sambal Paling Sedap Terkini

Resepi Asam Pedas Sardin Sedap dan Simple Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *