Assalamu’alaikum…

Hi korang!… Hari ni saya nak kongsikan masakan Asam Pedas Sardin seperti yang diminta. Kaedahnya, tak ada bahan mentah yang nak dimasak. Waktu-waktu cam gini, makanan dalam tin jadi pilihan sebab senang nak masak. Walhal, sardin tin tu lagi mahal sekarang ni kan compare dengan ikan fresh! Dulu kekonon, makan sardin tin nak jimat, murah. Sekarang setin kecik je dah RM5 kalau Ayam Brands. Makanan orang kaya uols zaman la ni. Habis nak makan sayur je ke? Sayur pun dah ada sayur tiruan. Macam2 la sekarang kan!!

Kata orang boring kalau masak masakan sama aje kan. So iols cuba buat masakan sardin masak asam pedas. Baru² ni saya cuba resepi baru hihihihihi.. orang lain dah selalu buat kot .. saya jer yang baru buat …. dah jemu makan sardin masak sambal (tak habis makan dengan roti), masak lemak pedas (tak habis buat lempeng) .. jadi kali ni saya masak asam pedas hahahahaha .. sedappp tau .. tak caye .. tak caye cubalah .. confirm menjilat jari tau…. takkan tak habis hihihihihi… Ok, kita semak resipi mudah ni….Jommm..

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • Sardin 1 tin besar -kalau ramai buat 2 tin (ummi suka jenama king cup)
  • Cili kering -anggaran 20 biji (suka pedas atau nak kuah lebih boleh tambah
  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang putih – 5 biji
  • Halia – 1 inci
  • Asam jawa – ambil air
  • Kacang bendi – anggaran 10 biji – kalau suka boleh tambah
  • Garam -secukup rasa
  • Air – anggaran 1.5 liter -kalau suka kuah boleh tambah (kuah lebih boleh buat cicah lempeng)
  • Minyak masak – untuk tumis
  • Kalau suka boleh tambah bunga kantan 2 @ 3 kuntum dan daun kesum (kalau ada ummi letak)- kalau balik kampung Ngah selalu bagi..hehe..

Cara-cara:

  • Cili kering dibuang biji dan rebus seketika – toskan air
  • Blend cili kering bersama bawang besar dan halia (masa blend tu tambahkan sedikit minyak masak untuk hancurkan biji lada yg masih ada)
  • Panaskan minyak masak
  • Bawang putih diketuk atau ditumbuk kasar
  • Tumiskan bawang putih sebentar kemudian masukkan cili yg telah diblend tadi.
  • Tumis sampai cili betul-betul masak -ummi tak tau nak inform macamana – biasanya sampai minyak tu timbul kot… hehe betul ke bahasa ni..
  • Masukkan air asam jawa dan garam. masak lagi…
  • Masukkan air
  • Masukkan bunga kantan & daun kesum – kalau ada
  • Bila kuah dah mendidih, masukkan sardin bersama kuah sekali
  • Masukkan kacang bendi
  • Tutup api bila bendi dah masak — jangan sampai lembik .. sekejap jer bendi tu masak -biar rangup-rangup sikit.
  • Hidangkan dengan nasi panas atau cicah dengan lempeng atau roti…. pasti terangkat….

Note: Selalunya asam pedas taruh belacan dan daun kesom serta bunga kantan tp aku x masukkan sebab hubby aku tak suka… kalau taruh dia x makan lauk ni. So kalau korang nk taruh dlm resepi ni, silakan… mesti lagi sedap!!!

Read More: Resepi Begedil Ikan Tenggiri Mudah dan Ringkas

Resepi Asam Pedas Sardin Sedap dan Mantap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *