Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Muar Paling Mudah Juga Sedap – Sebelum meneruskan tulisan saya nak minta maaf kepada sesiapa yang rasa terganggu dengan tulisan caca marba dan ayat lintang pukang ku ini. Saya tak pandai mengarang walaupun hobi saya membaca novel tapi…. okey lah jom baca…

Hujung minggu cuti 3 hari sempena 1 mei hari buruh. Pagi-pagi saya dan en lan berdua sahaja bertolak ke muar menjenguk mak yang dah 4 bulan saya tak ziarah dan jugak mengambil anak. Maaf kan saya mak bukan sengaja tetapi kekangan waktu tidak mengizinkan termasuk en lan yang tidak berapa gemar saya memandu jauh-jauh. Untuk mempositifkan diri saya anggap dia sayang kat saya sebab tulah dia tak bagi mandu jauh-jauh (sebenarnya dia bimbang kut saya boleh sampai 2 jam ke muar bila memandu sendiri).

Sampai muar kami terus ke tanjung emas. Saya order rojak tauhu dan mee bandung. Tak terkata en lan tengok saya order, dahsyat kan hahaha… Sabar ajer, lepaskan gian lama tak balik ni. Lepas tu tapau asam pedas muar. Bukan nak berlagak tapi saya rasa cam cair jer asam pedas dia dan rasa pulak dia letak pak aji banyak sebab tu sedap.

Jadi kat bawah ni saya bagi resipi asam pedas muar versi diriku sendiri dan diceduk jugak daripada mak. Kiranya resepi ni kena pandai-pandai adjust sendiri ya… Sebab semua bahan main agak-agak ajer ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada. Practise make perfect so kalau tak jadi jangan putus asa ya anak-anak….teruskan dan cuba lagi hingga sedap ditekak sendiri. Lagi satu sesiapa orang muar memang kena wajib tau masak asam pedas. Jom tengok resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan merah – 2 potong
  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Halia – 2 inci
  • Kunyit Hidup – 1 1/2 inci
  • Cili kering – 7-10 helai, buang biji * kalau suka pedas tambah lagi cili kering tu
  • Asam Keping – 1 keping
  • Daun Kesum – 1 genggam
  • Bendi – 5 biji ( boleh juga letak sawi jeruk/ tomato/ pelam muda)
  • Minyak masak – cukup untuk menumis
  • Garam – 2 sudu kecil
  • Gula – 1 sudu kecil

Cara-cara Memasak:

  • Kisar bahan no.2 hingga no.6 sehingga lumat..panaskan minyak masak dan tumis sehingga garing
  • Masukkan daun kesum dan asam keping.
  • Masukkan ikan
  • Masukkan air mengikut paras-paras ikan, jangan sampai tak nampak ikan, kalau lebih air, kuah akan cair, maka tak jadilah asam pedas muar…
  • Masukkan garam, gula dan bendi, biarkan mendidih..dah siapppp

Untuk resepi kali ini, saya berikan penghargaan penuh untuk mak tersayang. Tak dapat dinafikan, air tangan mak memang terbaek. Penuh keikhlasan dan kasih sayang. Hanya satu dan tak akan dapat ditemui dimana-mana pun di dunia ini. Terima kasih mak, kerana telah beribu-ribu kali aku kekenyangan dan membesar sempurna, hasil masakan air tanganmu yang sungguh lazat berkhasiat. Sekian dulu… Berjumpa lagi dilain entri ya…

Read More: Resepi Asam Pedas Simple dan Sedap

Resepi Asam Pedas Muar Paling Mudah Juga Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *