Assalamu’alaikum…

Saya ni, kalau asam pedas memang suka sangat. Pantang jumpa resepi asam pedas, mesti nak cuba. Kali ni terjumpa Asam Pedas Melaka Asli pula katanya. Maklum ler, kata orang kalau nak tahu orang tu pandai masak cubalah asam pedas dia. Hahaaa… So nak make sure saya try varieties of asam pedas available yang boleh saya cuba.

Anyway, dulu pernah juga ke Melaka dan cuba asam pedas dipusat makanan didepan museum kapal tu. Entah apalah namanya, tapi saya tak sure & tak ingat pula rasanya macam mana. Sebab during that time saya makan, tak ada pula terasa kelainannya. Mungkin sebab dah lapar, makan pun agaknya tak sempat nak baca bismillah dah terus menyental. Makan punya makan sekejap dah habis, tak pula spot any difference. Lagipun time tu saya belum ada blog lagi, so hal-hal macam ni tak berapa ambil pusing asal kenyang sudah.

Tapi tidak pula semenjak saya ada blog ni, tiap kali makan diluar saya akan menganalisa sesuatu dish yang saya order atau makan. Mana tau boleh cuba pula buat sendiri dirumah. Saya terpaut untuk mencuba recipe ni pula, bila tengok review ramai yang dah mencuba. Terimakasih buat puan punya recipe ni ya..minta izin saya panjang-panjangkan disini pula.

Jom layan resepi yang saya olahkan dari apa yang diberi oleh kawan karib kepada saya. Jom layaan.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 700 – 900 gram ikan pari
  • 2 biji tomato
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 kium ikan bilis – opsyenal
  • 1 camca pes asam asam jawa
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 – 2 terung ungu – saiz besar
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • 2 senduk nasi cili kisar – boleh kurangkan sesuai selera
  • Gula dan garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • 3/4 camca teh jintan halus *
  • 3/4 camca teh jintan kasar *
  • 1/2 camca teh lada hitam % {tanda (*) goreng tanpa minyak kemudian tumbuk halus}

Bahan Tumis:

  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 camca teh halba

Bahan Kisar:

  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 8 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

Cara Penyediaan:

  • Ikan pari dipotong sederhana kemudian perap dengan jus limau selama lebih kurang 17 minit. Cuci bersih kemudian toskan.
  • Terung di belah 2 kemudian setiap belahan dipotong menjadi 3 bahagian dan rendam. Tomato tadi belah menjadi 4 bahagian setiap 1 .
  • Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan tumis tadi bersama dengan serai hingga naik bau.
  • Kemudian masukan bahan kisar halus dan masak sekejap. Gunakan api kecil dan tambahkan cili kisar masak kemudian kacau rata hingga naik minyak.
  • Masukan pes asam jawa bersama bahan tumbuk halus tadi dan air secukupnya kemudian kacau rata hingga mendidih.
  • Masukan daun kesom, bunga kantan, ikan pari yang sudah dipotong tadi, dan kiub ikan bilis jika guna.
  • Masukan juga terung dan masak hingga terung menjadi lembut. kemudian perasakan dengan gula dan garam. Masukan tomato yang sudah dipotong tadi dan masak sekejap.
  • Bila sudah masak matikan api dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas dan lauk lainya.

Selamat mencuba!!!… 🙂

Read More: Resepi Siakap Stim Limau Nipis Ala Thai Paling Sedap

Resepi Asam Pedas Melaka Asli yang Sedap dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *