Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Kedah Paling Mudah dan Sedap – Selalu orang share resepi asam Pedas Melaka dan Johor. Tapi memang tak dinafikan asam pedas melaka memang sedap. First time saya dapat merasa masa hantar adik ke Uitm Jasin Melaka 2-3 bulan lepas. Memang sedap! Selalu tengok gambar je. Nak buat sendiri takut rasa nya tak sama. Dah tahu rasa macam mana boleh la cuba nanti.

Apa pun di Kedah pun ada Asam Pedas juga. Dan banyak pulak versinya. Rasanya pengaruh dari Thailand. Sebab bila pergi restoren Siam ada menu Khiengsom, memang rasanya sama macam asam pedas di Kedah. Asam pedas di Kedah tak ditumis, tetapi direbus je dengan cili, sedikit serbuk rempah kari ikan, jintan dan serai. Macam asam rebus.

Tapi yang mak saya buat ni lain sikit. Dia tumis macam asam pedas melaka, tapi kuah asam pedas cair cair sikit. Sedap sangat sampai licin seperiuk asam pedas… hehehe… Jom kita tengok resepi yang menyelerakan bawah ni…

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung – dibersihkan
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai – dititik
  • Kacang bendi
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk/Giling:

  • 5 tangkai cili kering – dibuang bijinya
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 4 ulas bawang merah
  • Sedikit belacan

Cara Membuat:

  • Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jangan masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
  • Bila dah masak angkat dan hidangkan.

Nota:

  1. Bendi boleh digantikan dengan timun atau ubi keledek.
  2. Ikan ikut kesukaan anda
  3. Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
  4. Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi asam pedas ikan pari ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Saya ikut kongsikan resepi ni kerana saya buat blog ni untuk rujukkan masakan harian keluarga. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga bermanfaat… Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa yang Sangat Mudah dan Lazat

Resepi Asam Pedas Kedah Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *