Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Ikan Talapia Paling Mudah dan Sedap – Selamat tengahari buat semua pengunjung-pengunjung Resepi Masakan Ikan. Dah rancang nak masak apa petang ni?.. Kalau belum cuba lah dengan asam pedas dari dapur Resepi Masakan Ikan ini. Ikan yang akak gunakan ikan talapia hitam. Sewaktu ke pasar minggu lepas, abang yang biasa akak beli ikan tu promote suruh akak beli ikan talapia hitam yang di datangkan khas dari kolam ikan ternakannya yang mana kolam tu menggunakan air gunung sebagai sumber air di kolamnya.

Mulanya akak agak takut juga sebab memang tak pernah makan ikan talapia hitam ni. Ikan talapia yang merah tu pun jarang-jarang saya beli. Tak suka akan bau ikan tersebut. Apa lagi baru-baru ni akak tercuri dengar org mengatakan ikan talapia hitam ni rasa dia macam lumpur. Takut betul. Alhamdulillah semuanya selamat sudah ke dalam perut kami ni hah. Sedaaaap sangat ikan ni. Insya Allah kali ni saya bagi resepi yang memang sangat sesuai bagi tekak orang melayu.

Resepi Masakn Ikan Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 2 ekor ikan talapia hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Sesenduk lada lumat
  • Semangkuk air asam jawa (1 sudu besar asam jawa)
  • Sedikit belacan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Membuat:

  • Ikan talapia dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa serta garam untuk menghilangkan hanyirnya.
  • Kalau ada kulit lemon, gosok-gosokkan pada ikan talapia. Ini unutk menghilangkan baunya.
  • Bawang putih, bawang besar, bawang merah dan halia dikisar.
  • Panaskan minyak. Bila sudah pijar, masukkan bahan yang dikisar.
  • Bila sudah naik baunya, masukkan ikan talapia dan air asam jawa yang dicampurkan dengan belacan.
  • Tambahkan sedikit air sekadar untuk menutupi ikan itu.
  • Biarkan sehingga kering airnya. (kami panggil proses ini proses mati air). Boleh nampak pecah minyak.
  • Masukkan air sebanyak 750 mililiter. Anggaran sahaja.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Bila mendidih, kecilkan api.
  • Biarkan seketika. Selepas itu, bolehlah ditutup api.

Saya ikut petua mak saya. Nak menentukan kesedapan masakan kita adalah keseimbangan garam, asam dan gulanya. Yang ni saya pakai campak-campak je. Tak de sukatan. Pandai hang la noo.. Asam pedas ini sesuai juga untuk sebarang jenis ikan. Ikan kerisi boleh, pari boleh, kembung, ikan uji rashid pun boleh. Sekira anda rasa resepi ini boleh dimanfaatkan oleh orang lain sila share dan like ok! Semoga ramai yang dapat makan sedap tengah hari ni. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus yang Mudah dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Talapia Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *