Assalamu’alaikum…

Resepi Asam Pedas Ikan Keli Paling Sedap Terkini – Menu ni sebenarnya menu hujung minggu lepas baru nak publish. hehehe… Sebenarnya ikan keli ni ternakan sendiri, dah musim tengkujuh ni ikan laut pun susah nak dapat yang fresh. Ha..yang bestnya tinggal kat daerah ni boleh dapat ikan frest yang baru datang dari laut lagi. Dulu masa masih tinggal kat bandar, susah nak dapat ikan frest. Selalu yang di jual kat market ikan pun yang dah berhari-hari. Dulu kawan-kawan sekerja selalu je kirim ikan frest bila balik hujung minggu. Kadang-kadang kite & first cousin, ujung minggu terus je pegi ke pantai tunggu nelayan balik dari laut. Best..dapat harga murah & dapat ikan speacial gitu. heheehe.. Berbalik ngan cita ikan keli periharaan my father kat belakang umah ni, kiranya bila musim tengkujuh ni bleh la ambil sekor dua untuk di buat lauk.

Okey, berbalik ngan cita keli masak asam pedas ni. Sebenarnya kat umah ni kaum lelaki kurang minat sikit ngan asam pedas ni. Especially my father & my old brother. Mereka ni lebih minat ngan ikan masak kunyit je. Mereka tak suka ngan rasa bunga kantan. Kaum pompuan pulak memang minat sangat, termasuklah my husband kira bolehla masuk. Cuma, dia tak makan ikan jadi kuah kena banyak la sikit (makan kuah je) cita panjang lebar lah pulak.

Sebenarnya masa nak masak ikan keli ni nak masak kunyit je. Tapi teringat lama dah tak makan masak asam pedas & rasa terliur pulak. Ditambah lagi ada sekuntum dua bunga kantan kat tepi umah baru nak kembang. So…semangat sikit le nak masak asam pedas. Memandangkan ada golongan yang tak berapa minat ngan bunga kantan & daun kesom ni. Setelah ikan masak baru dapat taruh bunga kantan ngan daun kesom. Itupun asingkan dulu yang takde bunga kantan. Untuk husband (yang tak makan ikan yang di rebus. Katanya tak sukangan tulang ikan) & anak-anak gorengkan(yang di goreng tulangnya jadi rangup) je ikan keli tu seketul dua ketul. Resepi nak letak jugak ke? rasanya dah ramai yang tahu macam mana nak masak asam pedas ni. Kongsi je le, untuk renungan di masa akan datang. Mana tahu dah tua nanti lupa pulak cara nak masak. hehehe…

Artikel Lainnya: 

Bahan-bahannya:

  • Ikan keli sederhana 6 ekor
  • 2 batang serai dtumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah dtumbuk halus
  • 6 ulas bawang putih dtumbuk halus
  • 2 potong halia sebesar ibu jari pun dtumbuk kasar
  • Sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkn ke dlm asam pedas)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sayuran, bendi, terong, tomato jika suka
  • Air
  • Cili giling
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  • Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika)
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan halia dan serai..kemudian masukkan cili giling dan serbuk kunyit,tumiskan sehingga naik bau
  • Kemudian bilas ikan dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis tadi, gaul ikan sebati dgn bahan yang ditumis..masukkan air dan biarkan seketika
  • Masukkan sayur kegemaran. Ikan tak perlu di gaul sangat takut isinya hancur, apabila sudah mereneh masukkan sedikit garam,penambah perisa dan asam jawa secukupnya..
  • Biar selama beberapa minit dan siap untuk dihidang

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Selar Masak Tauchu yang Sangat Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Keli Paling Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *