Assalamu’alaikum…

Sebenarnya apa sih kelebihan dari Asam Pedas Johor hingga seakan-akan menjadi sebuah perbincangan seru dalam dunia masak-memasak dan pecinta masakan itu sendiri? … Pastinya kalau dijelaskan akan panjang ceritanya. heheee … Asam Pedas Johor sebenarnya sangat mudah dibuat, tetapi ia juga sihat dan menyegarkan. Sedikit yang saya ceritakan pada zaman kanak-kanak dahulu, saya suka makan Asam Pedas yang dibuat oleh ibu di rumah. Kerana Bonda sering memberikan Asam Pedas di atas meja untuk makan keluarga. Itulah sebabnya ia membuatkan saya sangat menyukainya. Kerana sangat mudah untuk dimasak.

Mungkin cukup untuk memberitahu anda mengenai Asam Pedas. Sekarang kita kembali pada resepi yang akan kita bincangkan kali ini. Selain mudah tetapi ia sangat lezat. Jom kita lihat resepi di bawah.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan Asli untuk Asam Pedas:

  • 1 ekor ikan merah sederhana besar – di potong sederhana besar
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang serai – diketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sudu besar asam jawa, dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • Garam dan sedikit gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar untuk Asam Pedas Johor:

  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Air secukupnya – lebih kurang 4 cawan

Bahan-bahan Tambahan:

  • 2 biji tomato – belah 4
  • 1 batang bunga kantan – belah 2
  • 1/2 inci belacan – dibakar. (Untuk dicampur dalam bahan kisar)

Cara-cara Membuat Asam Pedas Johor:

  • Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan serai, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak.
  • Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau perlahan-lahan.
  • Masukan air dalam 1 cawan dan biarkan mendidih.
  • Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih. Tambah daun kesum.
  • Pekat atau cairnya kuah, bergantung citarasa masing-masing. Tambahkan air dalam 3 cawan lagi.
  • Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana.
  • Bila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Petua untuk Membuat Asam Pedas yang Sedap:

  1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
  2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
  3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap)
  4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas.
  5. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungiLikopen ( antioksida ).
  6. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  7. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  8. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
  9. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas.
  10. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Siakap Bakar Paling Lazat Terkini

Resepi Asam Pedas Asli Johor yang Mudah dan Paling lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *