Assalamu’alaikum…

Apa khabar rakan-rakan semua… Harini saya share Langkah Membuat Sambal Hijau Ikan Keli. Memang suka sangat makan Sambal Hijau Ikan Keli ni. By the way, ada juga yang tak suka makan ikan keli ni. Rugi kot, tak merasa ikan-ikan sungai ni. Kalau pergi ke Indonesia, ikan keli ni dipanggil ikan Lele. Selalu jugaklah masak ikan keli berlada ni. Sebelum ni kan heboh cakap ikan keli ni ikan paling kotor dan macam-macam lagilah.

Terjumpa jugak ada artikel yang membincangkan perbezaan ikan keli yang haram dan halal dimakan. Katanya kalau kepala keli berbentuk ‘V’, mirip torpedo, bahagian bawah badan berwarna putih melepak adalah haram berbanding ikan keli kepala berbentuk ‘U’, badan berbentuk tirus dan bahagian bawah badan berwarna putih kelabu ialah halal. Apa pendapat korang?…

Ada satu part tu, katanya bila digoreng akan meletup dan yang satu lagi digoreng tidak meletup. Aiyooo! Kalau dah goreng ikan tu memang akan meletop la Cik Bedah oii. Dah air kena kat minyak panas. Haruslah meletop. Ke korang goreng ikan pakai air?… Tapi, apa-apapun kena berhati-hati jugak lah yer semasa membeli ikan atau barangan makanan ni. Semoga semuanya ok dan baik-baik sahaja ya! Okay, jom tengok resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli – bersihkan dan rendam dgn air asam jawa 1/2 jam
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit tepung gandum
  • 6 biji cili hijau*
  • 10 biji cili api hijau*- boleh adjust ikut selera masing-masing
  • Sedikit belacan*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak – untuk menggoreng

Cara Membuat:

  • Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak, tabur sedikit tepung gandum atas ikan dan goreng ikan sehingga masak atau garing.
  • Kisar semua bahan-bahan bertkorang * hingga lumat.
  • Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan sedkit garam dan gula ( garam letak sikit je ye sebab ikan dah masin)
  • Bila semua rasa dah sebati, masukkan ikan dan gaul manja hingga semua ikan bersalut sambal.
  • Sedia dihidang dengan nasi panas-panas. Peeerghhh…

Tips Membersihkan Ikan Keli:

  1. Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang dan potong semua sirip dan ekor. Nak mudah, minta pekedai tolong siangkan siap ikan keli.
  2. Di antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah beku dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Buang/cuci darah tu, nak hilangkan hanyir darah ikan.
  3. Boleh guna limau nipis, asam keping atau asam jawa untuk cuci bersih ikan keli. Bilas ikan tadi dan kemudian lumurkan pula dengan tepung gandum dan sedikit air untuk hilangkan bau hanyir dan lendir ikan keli. Biarkan sekejap dan cuci bersih semula ikan keli

Tips Menggoreng Ikan Keli:

  1. Buat hirisan pada badan ikan untuk mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan. Nak elak ikan meletup-letup dalam kuali.
  2. Boleh tambah 1 sudu tepung jagung/gandum semasa menggaram dan kunyitkan ikan.
  3. Pastikan minyak penuh kuali dan panas sebelum masukkan ikan.
  4. Kalau tak jadi, ambik tudung periuk tutup ikan semasa menggoreng.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Bakar Berempah yang Sedap Sangat

Langkah Membuat Sambal Hijau Ikan Keli Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *