Assalamu’alaikum…

Kongsi Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis – Semalam pukul 10.30am call Mak. Cakap kat dia hari ni nak makan nasik lemak dengan sambal telur hancur. Suruh Mak masak nasik lemak sebab kalau dia masak, memang sedap. Biasa dalam tu dia bubuh lada hitam sebijik-sebijik tu, halia, bawang merah dengan daun pandan, santan and garam. Kena je dengan tekak I. Nasik dia peroi je. So tugas Mak dia kena masak nasik. Pastu kata Mak, sekarang pagi sangat Su. Tunggu petang la baru masak. Hahahahaha. Yerla yerla.

So petang semalam dalam masa sejam kitorang masak nasik lemak. Mak bahagian nasik and I buat sambal telur. Pastu sesambil tu buat sambal kicap dengan goreng lily bud tempura. Mak pulak dia jadik sous chef. Tugas dia goreng ayam pandan, ikan bilis, dengan pop corn ayam tu. Masa ni tugas jaga Adam jatuh kepada Ryan and Bapak. Ada time Adam terlepas ke dapur sebok nak tolong masak sama. Tarzan terus la kitorang sebab takot Adam kena minyak panas.

 

Semalam rasa masa sekejap je berlalu. Sebab bizi kat dapur. Biasa Mak dah setelkan semua. nanti pukul 7.00pm baru Adam ketuk ais and readykan air untuk berbuka and I just hidang-hidang makanan atas meja. Masa nak tunggu berbuka rasa lama giler. Ada lapan kali kot tengok jam. Kejap-kejap tanya Bapak pukul berapa. Haha. Tapi semalam sebab kencang didapur maka tak rasa lama pulak. Macam ni hari-hari kena masak pukul 6.00pm la kot? Nak lagi hebat cuba try masak yang lagi susah-susah and leceh. Lagi thrill. Kalau berbuka sambil masak pon lagi hebat punya thrill. Haha…

Semalam dinner sangat puas sebab dapat makan nasik lemak dengan sambal telur hancur. Memang buang tebiat sebab before this nasik lemak is a big no-no for me untuk dinner. Maybe sebab penangan sambal telur hancur ni meresap dalam badan so tetiba jadik suka. Kata Mak, pecahkan je 7 bijik telur Su. Bahahaha. Tamak sangat tu Mak. I guna cili kisar Kedai Yasop ni. Satu bekas kecik tu rasanya sesuai untuk 5 bijik telur je, or else nanti jadik telur banyak, kuah sambal takdak. Tak syiok.

Dapat pulak makan lily bud tempura dengan sambal kicap. Pastu pop corn ayam tu pon makan dengan sambal kicap jugak. Perrrgh. Buasir bunga lepas ni tak payah nak komplen banyak. Anyway, check out resepi sambal telur hancur I ni incase ada yang berminat. My way ok. Kompem sedap.
saya membuat resepi telur hancur dengan ikan bilis nie tak sampai 15 minit pun dah siap. pasti anda penasaran kan? jom kita tengok resepi dibawah.

Baca Juga: 

Bahan-bahan Utama :

  • Telur
  • Ikan bilis

Bahan Asas :

  • 2 biji telur
  • Ikan bilis – segenggam, cuci kemudian toskan
  • 1 biji bawang putih – hiris halus
  • 1/2 biji bawang merah – hiris halus
  • 2 biji cili hijau – hiris halus
  • 3 biji cili padi – hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak :

  • Goreng ikan bilis sehingga garing lalu ketepikan kemudian goreng bawang merah, cili padi, cili hijau, dan bawang putih sehingga garing.
  • Masukan telur tadi di dalam kuali kemudian hancur-hancurkan. selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian kacau rata.
  • Padamkan api dan masukan ikan bilis yang dah di goreng tadi kemudian gaul rata.
  • Akhir sekali, dan anda boleh hidangkan di dalam pinggan.
  • Sedia untuk dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Nota tambahan :

Kalau guna ikan bilis pastikan kepala dan perut nya telah dibersihkan. Telur tu pastikan Gred A & B kalau guna gred C boleh letakkan 4 biji.

Selamat Mencuba.

Read More: Kongsi Resepi Ikan Kembung Masak Singgang Pedas

Kongsi Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *