Kongsi Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai – Kongsi Resepi Ikan

Resepi Sotong Bakar Bersumbat dengan Sambal Masak ala Thai – Jalan-jalan nak cari resepi masakan untuk makan petang, terjumpa dengan sotong bakar sumbar dari Starving Time Bangkok. Sedapnya tengok sotong sumbat tu. Puas kalau makan sotong yang besar-besar gini. Semangat berkobar-kobar.

Jomlah cuba menu makan petang dengan sotong sumbar bakar ala thai ni

Bahan-bahan

  • Sotong, saiz besar. 300 gram.
  • Telur sotong 200 gram
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil Lada serbuk
  • 1/2 sudu besar sos kicap masin.
  • 1/2 cawan air

Bahan sos seafood

  • Cili padi 100 gram.
  • Bawang putih 50 gram.
  • Air perasan limau nipis 150 gram
  • 100 gram sos ikan
  • 100 gram gula
  • 100 gram Air
  • 50 gram daun ketumbar
  • Air kaldu

Cara memasak

1. Bersihkan sotong dan buang kulit yang berwarna ungu

2. Masukkan telur sotong bercampur dengan telur, serbuk lada, dan kicap masin thai.

3. Masukkan campuran tersebut ke dalam sotong

4. Perap sotong tersebut ke dalam campuran kicap masin thai dan air

5. Bakar sotong selama 2-3 minit

Cara membuat sos seafood sambal thai

  1. Rebus air kaldu hingga mendidih
  2. Masukkan semua bahan sos seafood ke dalam blender
  3. Masukkan air kaldu yang sudah mendidih
  4. Haluskan semua bahan dengan blender

Sotong bakar siap disajikan dengan dituangkan sos sambal seafood ala thai.

Baca Juga :

Kongsi Resepi Sup Kepala Ikan Merah – Resepi Masakan Ikan

Kongsi Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai – Kongsi Resepi Ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *