PULUT SAMBAL IKAN (SERUNDING IKAN)

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut ~ cuci dan rendam sekurang2nya 3 jam dan toskan
  • 2 1/2 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit gula
  • Air secukupnya untuk mengukus

Untuk pulut :

1. Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam.

2. Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap).

3. Campurkan garam dan gula ke dalam santan.

4. Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata .

5. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan.

Resepi Sambal Ikan :

3 mangkuk isi ikan(tenggiri/kembung) ~ rebus ikan,buang tulang dan kisar atau tumbuk

1 senduk bawang putih dan bawang merah yang dikisar

Cili kering ~ ikut pedas yang disukai2

mangkuk kecil bawang goreng (untuk menyedapkan lagi serunding)Air asam jawa secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili dangoreng hingga garing.

2. Masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar.

4. Setelah serunding kering,sejukkan. Kemudian masukkan bawang goreng dan gaul rata.sedia untuk dihidang

Kongsi Resepi Pulut Sambal Ikan (SERUNDING IKAN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *