Assalamu’alaikum…

Semalam saya sediakan lauk kegemaran saya. Kebetulan hari tu semasa saya menonton rancangan Celebriti Master Chef, seniwati Maryani ada memakhlumkan bahawa Tan Sri P. Ramli cukup suka makan lauk Kerutup Ikan Ala Johor. Aduh! masa tu dah ngecap-ngecap liur dah saya, kebetulan inilah juga lauk yang menjadi kegemaran saya sejak zaman berzaman. Saya kalau dapat lauk kerutup ni, tak payah lauk lain lagi dah. Saya makan dengan nasi pun saya dah terasa nikmatnya hingga tak terkata. Lebih-lebih lagi kalau ianya lahir dari air tangan ibu tersayang, lagi lah lazat tak terkata.

Kali ini saya masak lauk kerutup dengan menggunakan ikan cencaru. Sebenarnya selain ikan cencaru, kerutup boleh juga disediakan dengan ikan lain antaranya kembung, selar, ikan parang dan ikan kerisi. Lain-lain ikan pun boleh juga tapi ini antara ikan yang sangat sedap pada selera saya untuk di buat kerutup ala Johor ni.

Ada yang masih tidak mengenali ikan cencaru?… Apa kata kita dapatkan sedikit info tentang ikan yang keras kulitnya ni. Ikan Cencaru atau dalam bahasa Inggeris di kenali sebagai Torpedo Scad merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U – 22° S, dan 40° T – 156° T. Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Selain ikan, lauk kerutup ala Johor ini juga sesuai jika di masak dengan ayam atau daging. Aduh kalau mak sediakan kerutup ayam, pasti lagi melonjak-lonjak lah saya kesukaan lebih-lebih lagi jika ayam yang digunakan ayam kampung. Huuaaahhh… bertambah-tambah lah saya makan. Kadang kala saya ratah aje ayam tu, Bisinglah mak saya sebab lauk yang di masak cepat habis. Tapi itu lah mak saya sentiasa ringan tulang untuk menyediakan hidangan untuk anak-anaknya. Mak juga cukup memahami setiap selera anak-anaknya..

Kerutup ala Johor ni tidak menggunakan rempah kerutup, sebaliknya rencahnya hanya menggunakan bahan asas yang tersedia di dapur. Mudah dan ringkas! Ikan tu hendaklah di masukkan kedalam kuah dan masak hingga kuah meresap ke dalam ikan. Untuk yang dalam gambar saya tu, ikan tu saya masukkan kemudian sebab nak ambil gambar. Kalau ikan tu dah bersalut kuah kerutup payah pulak nak nampak bentuk ikannya. Jom layan resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan cencaru – ikan kembung, ikan parang, selar atau kerisi
  • 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
  • 6 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inc halia – dikisar
  • 1/2 inc kunyit hidup – dikisar
  • 1/2 inc lengkuas – dikisar
  • 1 inc belacan – dikisar
  • 2 batang serai – 1 kisar dan 1 batang lagi dititik
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 kiub ikan bilis jika suka
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat A:

  • Ikan dibersihkan, setelah tu gaul ikan dengan kunyit dan garam.
  • Kemudian goreng hingga garing. Setelah garing angkat dan ketepikan
  • Minyak untuk mengorengkan ikan di keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.

Cara Membuat B:

  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
  • Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak
  • Masukkan air asam jawa dan kacau sebati. Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan santan dan masak hingga merenih. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Jika suka boleh tambahkan kiub ikan. Bila kuah dan mesra barulah masukkan ikan
  • Masak lagi hingga kuah meresap ke dalam ikan. Sedia dihidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Kerutup Ikan Cencaru Ala Johor ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Uuppss… jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain jika resepi ini memang paling sedap. heheheee… Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Mee Udang yang Sedap dan Istimewa

Kerutup Ikan Cencaru Ala Johor Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *