Assalamu’alaikum…

Menu Kerabu Ikan Bilis memang dah menjadi lauk kegemaran kami semenjak di introduced kan oleh kak ipar semasa kenduri tahun lepas. Agak agak bosan aje nak masak lauk, buat aje menu nie. Pas tu padankan ngan telur dadar goreng garing. Tapi bab mengoreng telur dadar garing-garing, saya bagi kat ada aje yang buat. Kalau saya yang buat, banyak lak komen nya. Tak cukup kembang la, tak cukup garing la, tak cam macam kat kedai la. Eeiiii banyak komen nya, suruh dia buat sendiri.

Senang keje mama nya pon kan, apa taknya dia goreng telur dadar guna minyak yang banyak macam nak goreng ikanmama nya goreng minyak seciput aje..hahaha… Pastu kalau ada ikan masin tenggiri, ffuuhh sedappnya kan, makan ngan nasi panas-panas.

Ikan bilis mempunyai beberapa faedah untuk dimakan, kerana ikan bilis mengandungi selenium, mineral yang rapat untuk jantung. Selenium memainkan peranan daripada mikro nutrien dalam mengekalkan kesihatan dengan menghalang sekatan arteri itu. Kedua ialah kalium. Kalium memainkan peranan penting kerana dia mengekalkan kesihatan saraf dan otak untuk berfungsi dengan sempurna.

Kelebihan ketiga adalah disebabkan oleh vitamin-vitamin penting, iaitu sumber vitamin A, D, dan e. Vitamin A dan D untuk kesihatan tulang dan sistem imun. Vitamin A dan E adalah bekerjasama untuk mengekalkan kesihatan kulit serta sumber antioksidan. Fungsi-fungsi lain jika kita makan ikan Bilis adalah komponen tulang semakin baik kerana kandungan kalsium serta menyokong penjanaan semula sel-sel yang telah mati kerana kandungan protein.

Bahan-bahan:

  • 2 genggam ikan bilis yang telah di goreng garing – ketepikan.
  • 1 genggam cili api putih
  • 2 batang bunga kantan di hiris nipis halus
  • 5 biji bawang kecil yang di hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi yang di perah air nya dan di hiris nipis
  • Sesudu makan asam jawa di gaul dengan setengah cawan air.

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak
  • Tumiskan bawang kecil tadi sehingga layu.
  • Masukkan pula bunga kantan, cili api putih dan masak sehingga layu.
  • Masukkan kulit limau kasturi dan juga jus nya. Masukkan juga air asam jawa.
  • Biar kan mendidih sebentar. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  • Matikan api. Dan angkat dengan segera.

Ada juga orang tumbuk dulu ikan bilis tu sebelum gaul dengan bahan-bahan lain. Saya suka macam tu je sebab lagi garing. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Bakar Bersambal Hidangan Terkini

Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *