Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Stim Asam Boi Paling Lazat – Faedah kesihatan asam diketahui, ada yang berkemampuan untuk mengurangkan keradangan, meningkatkan kesihatan mata, menggalakkan kesihatan pernafasan, mengubati keadaan kulit, memperbaiki sistem pencernaan, mengurangkan kesakitan, meningkatkan kekuatan sistem kekebalan tubuh, mengurangkan demam, menurunkan kolesterol untuk meningkatkan kesihatan jantung , mencegah kanser, dan juga melindungi kanak-kanak daripada parasit dan cacing.

Asam adalah buah yang mempunyai banyak kegunaan dan aplikasi, baik untuk tujuan perubatan dan masakan. Pohon asam adalah ahli keluarga Fabaceae, dan nama ilmiahnya ialah Tamarindus indica. Pohon asam adalah tumbuhan dari kawasan tropika Afrika, terutamanya Sudan, tetapi kerana penanaman kini telah merebak ke hampir semua kawasan tropika. asam boleh dimakan mentah, ditambah kepada pencuci mulut selepas memasak, atau juga boleh dikeringkan dan dijadikan rempah. Asem sering digunakan untuk jem dan bahan-bahan sos, dan juga diproses menjadi gula-gula dan minuman.

Okey cukup la tu coletehan saya untuk kali ni yea, cukup pendek kan? takpe sambung besok-besok lak yea. Jom kita berbalik pada resepi pula. Kali ni saya nak kongsikan resepi Ikan Siakap Stim Asam Boi pula. Jom kita langsung sahaja tengok resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (cuci bersih dengan air asam jawa)
  • 2 batang serai (racik )
  • 5 biji cili padi (potong-potong)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 5-10 biji asam boi
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu makan sos ikan (tak letak pun takpe)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • Garam dan gula secukup rasa (anggaran 1 sudu teh sahaja)

Sayur-sayuran yang boleh diletak bersama-sama dengan ikan tadi:

  • Lobak merak (hiris menanjang)
  • Cendawan (siat-siat)
  • Kobis bunga/kobis panjang
  • Pak choy
  • Tomato
  • Tauhu Jepun/Tauhu telur

Cara-cara Membuat:

  • Ikan dibasuh dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir.
  • Sediakan kukusan.
  • Lumurkan ikan dengan sos ikan, sos tiram, garam dan gula.
  • Letak ikan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
  • Taburkan serai, cili padi, halia, bawang merah/putih, asam boi.
  • Kukus dalam bekas pengukus.
  • Lepas 10 minit buka penutup, masukkan sayur-sayuran pilihan tadi..
  • Tapi kali ni saya nak cepat, saya letakkan semua sekali. Boleh juga, cuma sayur-sayuran tadi lebih layu.
  • Kukus lagi 10 minit.
  • Dah siap, sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Sesuai untuk mereka yang nak diet, yang baru baik demam. Insyaallah berselera mereka makan, sebab ada rasa masam, masin dan sikit manis.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah sajian menu seharian anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Sotong Masak Kari yang Sedap dan Mudah

Ikan Siakap Stim Asam Boi Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *