Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Masak Bercili Paling Mudah dan Lazat – Resepi ini saya pelajari dari Gerai kegemaran saya di Jalan Kelawei yang mesti saya kunjungi setiap kali ke Pulau Pinang. Bayangkan lebih dari 5 tahun kami menjadi pelanggan di gerai makan ini dari hanya gerai kecil di bawah pokok sekarang sudah menjadi kedai makan yang lebih selesa. Kebiasaannya setiap kali ke sini, kami memesan ikan bawal atau ikan terubuk.

Memang sangat sedap. Lebih sedap kalau diletakkan sedikit daun pudina dan ditabur bawang besar semasa menghidang seperti mana hidangan di gerai berkenaan. Tapi saya tak letak daun pudina kerana tak ada stok dan bawang pulak, tak letak kerana terlupa. Hahaha maklum memasak dalam keadaan kelam kabut dengan baju pejabat dan bekejar sebab belum solat Asar. Apa apa pun memang puashati sangat sangat kerana rasanya dah hampir menyamai rasa masakan di gerai berkenaan.

Untuk membuat sambal, saya dipesan supaya meletak bawang yang banyak dan minyak pula sedikit sahaja supaya sambalnya pekat dan tidak berminyak. Saya juga tak meletak belacan kerana takut ianya akan membuatkan alahan saya menjadi jadi pulak. Namun begitu rasanya sangat sedap juga walaupun tanpa belacan. Yang sebenar benarnya penyediaan sambal ini sama jer dengan sambal tumis biasa, cuma ianya kurang berminyak dan diletakkan daun limau purut yang dihiris halus.

Apa kata anda mencuba resepi ini yang menpunyai rasa tersendiri walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sama dengan bahan sambal tumis. Jom kita tengok resepi di bawah ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih

Bahan Hiris dan potong:

  • 1 biji bawang kuning/bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji cili merah – dibelah dua dan dipotong
  • 6 biji cili api – dipotong bulat
  • 1 batang serai – dihiris

Cara Membuat:

  • Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak, kemudian goreng ikan sehingga garing.
  • Setelah itu diangkat dan diletak diatas pinggan dan diketepikan.
  • Tinggalkan agak dalam 5 sudu besar minyak.
  • Tumis bahan kisar sehingga garingdan naik minyak.
  • Kemudian masukkan bahan hiris dan potong.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan air asam jawa.
  • Setelah cukup garing dan naik minyak.
  • Tutup api dah siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Paling Lazat Terkini

Ikan Siakap Masak Bercili Paling Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *