Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Kukus Ala Nyonya Paling Sedap yang Wajib Cuba – ‘Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin’ (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dalam perut ikan, sama-sama kita amal baca dikala keresahan atau dalam masalah, semoga sentiasa dalam lindunganNya.. Aamiin…

Mengupdate ala, rasa happy sangat kalau folder tu surut skit. Menu ikan la plak, sekarang ni kerap jugak duk beli ikan siakap ni, ye la asik ayam dengan daging je muak jugak deh. Anak pun dah mula nak makan ikan walaupun sikit-sikit, sekli lagi cuba masak berdasarkan dari apa yang dimakan kat kedai. Ikan Kukus nyonya Stail ni saya dari ikan yang saya makan masa balik Malaysia hari tu kat restoran muslim Hj.Sharin Low kat Shah Alam, dekat kawasan jakel seksyen 7 tu. Dari dulu pun suka pergi makan kedai ni, harga pun berpatutan sangat, masakannya pun sedap.

Selain dari udang butternya, menu ikan kukus nyonya ni pun menu pemes restoran tu. Memang sedap masak stail gini, saya rekomen sangat. Tak muak dan rasanya unik sikit sebab rencah untuk kuah tu masuk serai dan halia yang banyak, sambil makan tu memang duk amati betul-betul la kuahnya apa bahan yang diguna, daripada rasanya tu ada rasa serai dan halia. Jadi dari situ la cuba expiremen masak sendiri plak ni, dan ni la hasilnya. Walaupun tak sama 100%, tapi boleh la deh. Suami pun kata sedap dah, abang ngah pun makan dah 2x la buat. Ini pun kejadian awal bulan 12 haritu lagik. Cuma baru turnnya nak tepek kat sini, Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas segala yang tidak sempurna. Jom tengok resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan siakap dibersihkan(perap seketika dengan seulas bawang putih(tumbuk), sedikit garam dan lada sulah)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sekeping asam gelugur
  • Gula dan sedikit garam untuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • Sebatang serai
  • 4 biji cili padi
  • 1/2 inci kunyit(ikut kesukaan)
  • Kisar kesemuanya dengan sedikit air.

Cara-cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik wanginya.
  • Masukkan sos tiram dan asam gelugur.
  • Masukkan gula dan sedikit garam.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Kukus ikan dalam bekas yang sesuai selama 20 minit atau sehingga masak (matanya bertukar dari jernih berair menjadi putih berkabut).
  • Angkat dan curahkan sos tadi (jikalau dalam bekas ikan terdapat air dari ikan, jangan dibuang biar ianya bercampur nanti dengan kuah yang pekat tadi)
  • Sedia dihidang panas-panas.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah menu resepi harian anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Ikan Siakap Stim Asam Boi Paling Lazat

Ikan Siakap Kukus Ala Nyonya Paling Sedap yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *