Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Bersos Asam Jawa Paling Lazat – Menu ulang-ulang? Sedap dan simple tu yang jadi berulang-ulang buat nya, cuma bertukar jenis ikan. Sesuka ati je tukar ikan dari resepi asal yang saya guna iaitu ikan siakap. Ya la kita yang buatkan, dengan ikan apa yang ada dalam stok je la. boleh juga guna ikan merah pulak tapi resepi tetap sama seperti yang pernah buat dulu cuma ikan saja yang bertukar ganti. Camner pun tetap sedap makan bersama nasik panas-panas dan sayur siew pak choy goreng.

Okey cukup la tu coletehan saya untuk kali ni yea, cukup pendek kan?.. Takpe sambung besok-besok lak yea. Jom kita berbalik pada resepi pula. Kali ni saya nak kongsikan resepi Ikan Siakap Bersos Asam Jawa pula.  Resepi untuk sosnya sama macam saya buat untuk ikan bakar hari tu. Sebab hari tu macam tak puas pula makan ikan goreng tu, homemade kan?… Tu yang buat lagi, buat lagi, dan buat lagi… eheheee… Jom kita tengok resepi bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1-2 labu Bawang Besar *
  • 4-5 ulas Bawang Putih *
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna – hijau, merah dan kuning – bergantung saiz *
  • (tapi saya belasah semua sebiji) 7-8 biji Cili Padi * (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
  • 1/2 biji Gula Melaka (saya guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jangan pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan-bahan yang bertanda * dicincang kasar.

Cara-cara Membuat:

  • Ikan salut dengan garam dan tepung jagung goreng garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (saya goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  • Bila dah didih dan cukup semua rasa, (saya masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Siakap Bersos Asam Jawa ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Ikan Kembung Kukus Air Asam yang Simple dan Sedap

Ikan Siakap Bersos Asam Jawa Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *