Assalamu’alaikum…

Ikan Kembung Kukus Air Asam yang Simple dan Sedap – Kadang-kadang pelik la perangai kita ni yer, bila time makan siang keluarga. Macam-macam menu terbayang di kepala. Inilah namanya manusia, belum cukup kuat menahan nafsu makan tatkala perut kosong. hehe… Time tu la, menu yang bertahun tak makan pun, boleh teringin nak makan. Dekat opis lagi dah start pikir, apa nak masak untuk makan siang nanti. huhuhu…

Inilah jadinya kat saya, tiba-tiba boleh teringin nak makan ikan macam kat gambar ni. Padahal memang tak tau pun macam mana nak buat. Bila tiba-tiba teringat, mula jadi teringin. Selalu makan ikan ni kat restoran masakan ala pantai timur time lunch. Itupun dah lama tak jumpa. Saya pun mula memikir macam mana nak buat yer. Terfikir nak rebus dulu ikan tu…ehhh!!! nanti berkuah pulak sebab bila rebus ikan tu jadi berair. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengukus ikan tu terlebih dahulu dan tidak disangka-sangka hasilnya mabeles. hahaha…

Dengan pedas masam-masam manis air asam tu memang bess. Bergabung dengan ikan segar yang dikukus menjadikkan isinya lembut. perghhh!!! berpeluh kut makan. hahaha… Jom layan resepi…

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung 3 ekor
  • Bawang besar 1 biji – dipotong dadu
  • Cili merah 1 biji – dipotong dadu
  • Cili padi 5-10 biji – dihiris halus
  • Tomato 1 biji – dipotong dadu
  • Daun selasih – dicincang halus
  • Asam jawa 2 sudu besar
  • Air masak 1 cawan
  • Gula 1 sudu kecil
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Membuat:

  • Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam.
  • Kukus sehingga ikan masak.
  • Untuk kuah asam, campurkan semua bahan-bahan lain.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian curahkan kuah asam ke dalam ikan.
  • Sedia untuk dimakan.

Faedah Air Asam Jawa:

Minuman dari buah asam telah dikenal sejak lama akan memberi manfaat dan keberkesanannya untuk tubuh. Walaupun minuman ini kelihatan sederhana tetapi kandungan vitamin yang bervariasi di dalamnya memberikan kesan yang baik kepada badan. Untuk menjadikannya juga mudah, dan ramai yang menyukainya. Minuman asam jawa terbuat dari buah asam, yang biasanya digabungkan dengan rempah lain seperti kunyit, kayu manis, serai dan halia untuk menambah rasa dan manfaat yang lebih luas.

Minum asam jawa yang diketahui oleh masyarakat setempat sebagai minuman atau ubat batuk batuk semulajadi, yang secara tradisinya telah digunakan secara meluas oleh orang awam. Bahkan sampai sekarang minuman jenis ini telah dimasukkan ke dalam salah satu minuman jus buah menyegarkan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya….

Read More: Resepi Ikan Siakap Stim Tomyam yang Mudah Tapi Sedap

Ikan Kembung Kukus Air Asam yang Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *