Assalamu’alaikum…

Kembali menemui anda dialam maya untuk kesekian kalinya, saya entrykan resepi Ikan Keli Panggang Lada Hitam. Resepi nie memang resepi favourite saya sekeluarga. Sebelum nie pun saya pernah N3kan resepi nie. Kalau ke pasar, sekiranya saya teringat nak belikan ikan keli pastilah akan saya buat resepi nie. Tambahan lagi sekarang untuk memanggangnya tidak menjadi masalah besar dah, sejak ada pemanggang ajaib nie kerja memanggang menjadi senang.

Sebenarnya sedari dulu saya nie tak pernah mencuba makan ikan keli. Tapi semenjak kebelakangan ini pula, saya suka sekali memakan ikan keli. Sebelum nie hanya My Hubby & anak-anak je yang suka makan ikan keli nie. Saya, alahai… tak pernah pun sentuh. Bak kata pepatah ‘Sekali air bah, makanya pasir akan turut berubah’ bagitulah dengan saya. Mana tahan beb, kalau kita tak ikut merasa sama, memandangkan melihat My Hubby & anak-anak berselera sekali memakannya.

Jadinya saya mencubalah sikit. Alahaii, sedappp tuu… patutlah mereka asyik request suruh saya memanggang je kalau saya belikan ikan keli. Apatah lagi kalau dicicah dengan air asam. Woooiii terangkat. Okey…mai kita tenguk resepinya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1 sudu besar lada hitam (di tumbuk kasar) – boleh kurang kalu tak nak pedas
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2″ halia*
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap pekat secukupnya (saya guna kicap Jalen lemak manis)
  • Sedikit garam
  • Minyak / planta (saya guna minyak bijan)

Cara-caranya:

  • Mula-mula basuh ikan keli, lepas tu kelar-kelarkan badannya. Kemudian rendam ikan keli dalam air limau kasturi selama lebih kurang 30 minit untuk menghilangkan hanyir & lendirnya. Lepas itu basuh bersih dan toskan.
  • Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat & campurkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar.
  • Kemudian lumurkan bahan nie pada ikan keli.
  • Masukkan juga sos tiram dan kicap secukupnya, sedikit garam. Lepas itu tuangkan minyak bijan sedikit / planta pada ikan, gaul rata.
  • Perapkan ikan keli selama lebih kurang 20 minit lagi untuk sebatikan bahan nie dengan ikan keli.
  • Prepairkan pemanggang ajaib, jika suka bolih dilapik dengan daun pisang untuk mendapat aromanya.
  • Susun ikan dalam pemanggang ajaib dan curahkan kuah perapan ikan tadi. Tutup pemanggang dan sedia untuk dibakar.
  • Saya bakar setiap 5 minit baru terbalikkan pemanggang ajaib tu, bakar selama 20 -30 minit. Ikut le tahap kegaringanyang kita suka.
  • Setelah masak leh le dimakan dengan air asam. Sedaaappp…

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Keli Panggang Lada Hitam ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan anda untuk menghidang masakan. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sambal Cencaluk Paling Mudah

Ikan Keli Panggang Lada Hitam yang Mudah dan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *