Assalamu’alaikum…

Salam mesra untuk pengunjung setia Resepi Masakan Ikan, Kembali menemui anda dialam Resepi Masakan Ikan ya. Untuk kesekian kalinya, saya entrikan resepi Ikan Keli Goreng Berlada. Resepi nie memang resepi kegemaran saya sekeluarga. Sebelum nie pun saya pernah entrikan resepi nie.

Kalau ke pasar, sekiranya saya teringat nak belikan ikan keli pastilah akan saya buat resipi nie. Tambahan lagi sekarang untuk menggorengnya tidak menjadi masalah besar dah. Sejak ada menggoreng ikan dari rakan, menggoreng pun menjadi senang. Sebenarnya sedari dulu saya nie tak pernah mencuba makan ikan keli. Tapi semenjak kebelakangan ini pula, saya suka sekali memakan ikan keli. Sebelum nie hanya My Hubby & anak-anak je yang suka makan ikan keli nie. Saya, alaahaii tak pernah pun sentuh.

Bak kata pepatah ‘Sekali air bah. makanya pasir akan turut berubah’ bagitulah dengan saya. Mana tahan beb, kalau kita tak ikut merasa sama, memandangkan melihat My Hubby & anak-anak berselera sekali memakannya. Jadinya saya mencubalah sikit… Alahaii, sedappp tuu, patutlah mereka asyik request suruh saya menggoreng je. Kalau saya belikan ikan keli. Apatah lagi kalau dicicah dengan air asam, woooiii terangkat. Okey, marii kita tenguk resepinya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 10 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Bahan-bahan Dikisar Kering:

  • 6 biji cili merah
  • 3 biji lada besar (cili solok)
  • 5 biji cili padi hijau
  • 5 biji cili padi merah
  • 6 tangkai cili kering – direndam sehingga lembut, dan dibasuh.
  • 2 biji bawang besar – dibelah empat
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara Memasaknya:

  • Selepas ikan dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata.
  • Panaskan minyak. Goreng ikan tadi sehingga garing, angkat dan toskan. Susun di atas pinggan.
  • Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing. Tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan Resepi Masakan Ikansak sehingga bahan-bahan tadi kering sedikit.
  • Kemudian curahkan sambal tadi di atas ikan. Siap untuk diResepi Masakan Ikankan.

Tips Membersihkan Ikan Keli:

  1. Kebiasaannya ikan keli yang kita beli di pasar telah siap dipotong hujung kepala dan dibelah perutnya. Bagi memudahkan kita memegang ikan keli yang agak licin dan berlendir, apa yang perlu kita buat ialah masukkan ikan keli di dalam sebuah besen bersama beberapa sudu garam besar dan beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya.
  2. Tutup dengan tudung periuk dan goncang. Ketepikan selama 5 minit, kemudian ambil limau kasturi tadi dan gosok-gosokkan atas badan ikan keli. Basuh ikan keli. Anda akan dapat rasakan ikan keli telah kurang berlendir dan mudah untuk dipegang.
  3. Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku pada bahagian kepala untuk menghilang hanyir. Potong kedua-dua patil dan sirip ekor serta sirip-sirip yang lain. Cuci dengan air bersih dan perapkan bersama limau kasturi dan garam selama 10 minit. Kemudian dibersihkan.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Keli Goreng Berlada ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memmberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana.

Read More: Resepi Ikan Masak Singgang yang Mudah dan Sedap

Ikan Keli Goreng Berlada Paling Lazat Kegemaran Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *