Assalamu’alaikum…

Ikan Keli Bakar dan Air Asam Paling Sedap yang Wajib Cuba – Adakah anda berasa bosan dengan menu makanan anda yang hampir sama setiap hari? Adakah anda berasa jemu dengan hidangan yang asyik menggunakan resepi sama? Adakah anda ingin memakan sesuatu yang baru dan enak? Kalau begitu, ikan bakar air asam pasti menjadi pilihan anda. Aroma ikan yang dibakar bersama balutan daun pisang sudah pasti membuka selera sesiapa sahaja yang terbau akan keharumannya. Keenakan makanan tersebut boleh dilihat dari segi peningkatan peminat- peminat ikan bakar di negara kita.

Ikan bakar merupakan sebuah hidangan ikan yang dibakar dengan menggunakan kayu arang. Makanan ini sangat popular di Indonesia, Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain. Secara umumnya, ikan bakar dibuat dengan melumurkan dagingnya di dalam rempah atau sambal belacan. Kemudian, ikan tersebut akan dibakar dalam api yang rendah. Kadangkala ikan dibakar dengan membalutnya di dalam daun pisang atau daun lengkuas untuk menambahkan keenakan. Selepas dibakar, makanan dihidangkan serta-merta sebab ikan bakar yang panas sedap dimakan.

Pelbagai jenis ikan digunakan untuk menyediakan ikan bakar termasuk ikan sembilang, pari, talapia, kembung, cencaru dan lain-lain. Jenis ikan untuk jadikan ikan bakar terpulang dengan citarasa masing-masing. Tetapi, kita masih boleh meggunakan resepi yang sama untuk semua jenis ikan untuk membuat makanan ini. Rasa dan bau harumannya berbeza bagi setiap jenis ikan bakar Biasanya, kayu arang digunakan untuk membakar ikan. Tetapi, sekarang di zaman moden ini, terdapat banyak kemudahan seperti oven dan ‘non-stick’ kuali yang boleh digunakan untuk membakar ikan tanpa mengubah rasa aslinya.

Terdapat dua jenis ikan bakar yang dikomersialkan di seluruh tempat, iaitu ikan bakar air asam dan ikan bakar berempah. Ikan bakar asam adalah ikan yang dicuci bersih dan dibakar terus dengan menambahkan garam sahaja. Selepas itu ikan ini dicicah bersama air asam dan dimakan. Ikan bakar berempah pula, ikan dibakar bersama rempah ratus atau bahan masakan yang disapu di bahagian luar dan dalam ikan. Ikan bakar ini selalunya dimakan bersama sambal belacan. Walau bagaimanapun, jenis ikan bakar dan kuah sampingannya bergantung kepada setiap individu dan setiap kombinasi mempunyai rasa sedap yang berlainan.

Salah satu keistimewaan makanan ini adalah penyediaan masakan ikan bakar air asam mudah dan ringkas. Bahan-bahan masakan juga boleh didapati dengan mudah dan kita tidak perlu mengeluarkan wang yang besar untuk menyediakannya. Makan ini memang sesuai untuk semua golongan terutama pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama. Pelajar atau pekerja selalunya balik rumah dalam kelaparan dan terpaksa tunggu berjam-jam di kedai atau restoran untuk makan. Masalah ini boleh diselesai sekiranya mempelajari cara membuat resepi ikan bakar air asam. Ini kerana masakan ini hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk disiap dan cara penyediaan juga sangat ringkas. Bagi suri rumah, mereka bolehlah memasak resepi ikan bakar air asam ini setiap hujung minggu agar keluarga mereka tidak jemu dengan masakan rumah.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan keli dicuci bersih dan toskan
  • Sedikit garam
  • Sedikit kunyit serbuk

Cara-cara Membuat:

  • Lumurkan garam dan kunyit pada ikan kemudian bakar ikan sehingga garing.

Bahan Air Asam:

  • Genggam asam jawa – diperah dan diambil airnya
  • Cawan air
  • Tangkai cili padi dikisar halus, ni ikut kepedasan masing-masing lah yer. Kalau suka pedas bubuh ler banyak sikit cili tu.
  • Biji cili merah dikisar
  • Biji tomato dikisar
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit belacan dibakar dahulu kemudian dikisar
  • 1/2 biji lemon boleh gantikan dengan limau kasturi kat tak ada tu sebab saya gunakan lemon jer

Bahan Lain:

  • 1 biji bawang besar dipotong dadu ataupun dimayang
  • Tomato dipotong dadu
  • 1 biji cili merah dihiris nipis

Cara-cara Membuat:

  • Campurkan semua bahan air asam didalam blender dan kisarkan halus. Kemudian campurkan semua bahan yang dikisar halus tadi dengan cili merah yang dipotong nipis dan bawang, tomato yang dipotong dadu tadi.
  • Gaulkan semua bahan dan hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Cara Membuat Ikan Bilis Tumis Cili Api Pedas yang Simple dan Sedap

Ikan Keli Bakar dan Air Asam Paling Sedap yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *