Assalamu’alaikum…

Ikan Keli Asam Pedas yang Sedap dan Istimewa – Menu ni sebenarnya menu hujung minggu lepas baru nak publish. hehehe. Sebenarnya ikan keli ni ternakan sendiri, dah musim tengkujuh ni ikan laut pun susah nak dapat yang fresh. Haaa…yang bestnya tinggal kat daerah ni boleh dapat ikan frest yang baru datang dari laut lagi. Kadang-kadang kite & first cousin, ujung minggu terus je pegi ke pantai tunggu nelayan balik dari laut. Best, dapatt harga murah & dapat ikan speacial gitu. heheehe… Berbalik dengan cita ikan keli periharaan my father kat belakang umah ni, kiranya bila musim tengkujuh ni bleh la ambil sekor dua untuk di buat lauk.

Okey, berbalik dengan cita keli masak asam pedas ni. Sebenarnya kat umah ni kaum lelaki kurang minat sikit dengan asam pedas ni. Especially my father & my old brother. Mereka ni lebih minat dengan ikan masak kunyit je. Mereka tak suka dengan rasa bunga kantan. Kaum wanita pulak memang minat sangat, termasuklah my husband kira bolehla masuk. Cuma, dia tak makan ikan jadi kuah kena banyak la sikit (makan kuah je) cita panjang lebar lah pulak.

Sebenarnya masa nak masak ikan keli ni nak masak kunyit je. Tapi teringat lama dah tak makan masak asam pedas & rasa terliur pulak. Ditambah lagi ada sekuntum dua bunga kantan kat tepi umah baru nak kembang, so semangat sikit le nak masak asam pedas. Memandangkan ada golongan yang tak berapa minat dengan bunga kantan dan daun kesom ni. Setelah ikan masak baru dapat taruh bunga kantan dengan daun kesom. Resepi nak letak jugak ke? rasanya dah ramai yang tahu macam mana nak masak asam pedas ni. Kongsi je le, untuk renungan di masa akan datang. Mana tahu dah tua nanti lupa pulak cara nak masak. hehehe…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan Keli (rendam dengan air asam jawa selama 30 minit)
  • Selepas 30 minit, basuh lendir-lendir ikan keli
  • Bawang merah, bawang putih, halia (di kisar halus)
  • Cili kering (di kisar halus)
  • Asam jawa
  • Sedikit serbuk kunyit (sebagai mencantikkan warna kuah)
  • Daun kesum
  • Terung / Bendi
  • Garam
  • Air
  • Secukup rasa (saya tak guna ajinomoto)

Cara Memasak Ikan Keli Asam Pedas:

  • Panaskan minyak
  • Masukkan bawang kisar dan cili kisar. Kacau hingga garing
  • Masukkan secubit serbuk kunyit. Kacau lagi.
  • Masukkan air (ikut suka. kalau suka cair banyakkan air)
  • Perah air asam jawa. Agak-agak rasa asam.
  • Masukkan daun kesum
  • Tunggu sampai kuah mendidih
  • Masukkan terong. Tunggu terong agak-agak layu
  • Masukkan garam dan secukup rasa
  • Masukkan ikan keli dan bendi
  • Biarkan mendidih. Tak perlu lama sebab isi ikan keli sangat lembut.
  • Sedia untuk dihidang

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Keli Asam Pedas ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap dan Mudah yang Wajib Cuba

Ikan Keli Asam Pedas yang Sedap dan Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *