Assalamu’alaikum…

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Paling Sedap Terkini – Salam sayang serta salam sejahtera untuk anda semua yang sudi berkunjung ke dapur saya ini. Walau pun tuan rumahnya saperti biskut cipmore, sekejap ada dan sekejap tak derr. Dah lama juga saya tak mengupdate. Bukan kerana apa-apa, yerrlah cuti-cuti sekolah nie. Makanya saya mengambil kesempatan untuk turun ke Shah Alam. Jadinya saperti biasa kalau berjalan huhuhu… pastinya laptop nie tak berusik.

Pagi semalam saya ada masakkan Ikan Cencaru Sumbat, dah lama sekali tak buat resipi nie. Teringin pula, kebetulan semasa kepasar semalam, banyak pula ikan cencarunya, cantik-cantik pulak tu. Apa lagi saya rembatlah 4 ekor untuk dibuat resipi nie. Okey, mari kita tenguk resepi yang sampoi nie.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan cencaru
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk mengoreng

Bahan Untuk Sambal:

  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering – buang biji dan rebus sebentar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang merah besar*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai*

Cara-cara Membuat:

  • Ikan cencaru, di siang dengan cara belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.
  • Gaulkan dengan garam dan kunyit. Ketepikan. (Lebih sedap kalau guna kunyit hidup yang ditumbuk untuk perap ikan)
  • Kisar @ tumbuk kesemua bahan yang bertanda *.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan garing.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sambal pekat dan kering.
  • Setelah sambal sejuk, sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi.
  • Sumbat di kedua-dua bahagian belahan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak. Gunakan minyak sedikit saja supaya sambal tak terkeluar semasa ikan digoreng.
  • Balikkan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan.

Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U – 22° S, dan 40° T – 156° T. Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 – 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya. Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu serta rakan-rakan di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Keli Panggang Lada Hitam yang Mudah dan Paling Sedap

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Paling Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *