Assalamu’alaikum…

Resepi ini saya pelajari dari Rossa kawan sepejabat saya selepas melihat resepi Ikan Cencaru Bakar. Rossa selalu mengikuti blog saya dan akan memberi komen atau pandangan beliau melalui email. Saya telah membuat sedikit pengubahsuaian dari resepi asal Rossa dengan memasukkan sedikit belacan.

Kata Rossa, lebih sedap kalau dimakan bersama sayur tumis air dan nasi putih panas panas. Atau jika suka boleh juga dimasukkan sedikit santan dan masak sehingga sambal pecah minyak. Mana mana pun boleh. Ikutlah selera dan citarasa masing-masing. Saya membakar menggunakan kuali ajaib. Bila dibakar menggunakan kuali ajaib ni dah macam goreng juga sebab minyak dari sambal akan keluar sedikit. Bezanya ia tidak digoreng dalam minyak yang banyak seperti biasa.

Memang sedap sangat Ikan Cencaru Bakar ini. Saya cuma menyediakan Sotong Masak Kicap untuk dihidangkan bersama Ikan Cencaru Bakar ini. Hidangan ringkas ringkas sahaja. Yang penting ianya disukai oleh anak anak. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 -3 ekor ikan cencaru
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 camca teh minyak masak

Bahan Samabal Air Asam Budu:

  • 15 biji cili padi siam, kaler merah
  • 2 biji bawang merah, dibakar hingga layu
  • 1 inci belacan, bakar hingga wangi
  • 5 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • 1/4 cawan “budu” (optional ya, tak makan tak payah letak)

Cara Membuat:

Untuk Ikan Bakar:

  • Ikan disiang bersih, tapi tak payah buang kulitnya, cuci bersih terutama bahagian perut ikan tadi.
  • Lumur dengan kunyit serbuk, sedikit garam dan juga minyak masak, gaul rata.
  • Perap sekejap (10 – 15 minit) dan bakar atas api bara sehingga ikan masak, anggaran 7 – 10 minit untuk setiap bahagian.
  • Boleh juga bakar dalam oven.

Untuk Sambal Air Asam Budu:

  • Tumbuk, cili padi, bawang bakar dan belacan hingga lumat dan hancur, masukkan gula secukup rasa dan tumbuk lagi.
  • Tuang jus asam jawa, budu dan juga masukkan jus limau kasturi sedikit demi sedikit sehingga mendapat rasa yang sesuai pada tekak masing-masing.
  • Hidangkan bersama ikan bakar tadi, nak sedap sediakan ulam-ulaman.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah menu hidangan anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Mee Bandung Muar Paling Sedap yang Wajib Cuba

Ikan Cencaru Bakar yang Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *