Assalamu’alaikum…

Sudah nampakkan gambar yang terpampang dalam entri kali ni, entula kan. Kali ni bersama dengan menu Ikan Cencaru Bakar pula. Ni semua gara-gara kawan sekolah saya la yang mulakan dulu. Tak tahan la tengok bile lepas seorang, seorang pos gambar ikan bakar cencaru ni di wasap, ade pula air asam. Jadi terliur dibuatnya, sabar je la kan. Menu ikan bakar ni salah satu lauk kegemaran saya. Biasenya kalau teringin nak makan, saya akan ke jalan Bellamy belakang Istana Lama tu atau ikan bakar di Tanglin. Yang ni biase bungkus je bila ade kawan-kawan opis yang nak ke sana.

Ok senang aje nak buat ikan bakar ni. Lagi senang kalau ade pemanggang ajaib kat rumah. Tapi kalau takde pon takpe, bakar pakai tudung periuk pon boleh. Masuk dalam oven pon boleh. Tapi nanti nak bakar kek bau ikan la pulak ye tak. Dulu-dulu sebelum ade pemanggang ajaib atau kuali-kuali yang canggih macam sekarang ni, mak-mak kita bakar atas tudung periuk tu aje, sedap jugakkan. hihihi… Tapi kalau yang sudah ade tu baik gunakan saje pemanggang ajaib tu, dari tersimpan dalam kotak aje kan.

Untuk ikan bakar ni, saya bakar menggunakan pemanggang ajaib Vantage yang saya beli di Sogo. Sesiapa yang takde lagi tu, boleh la beramai-ramai ke sana yer. Kalau minat dengan barangan Vantage ni, bakar atau panggang dalam ni senang. Dapur atau oven tak kotor, ikan pon cantik je kan. Lagi 1 sekejap je dah masak, jimat masa. Kalau takde pon takpe. Macam yang saya cakap di atas tadi, bakar dalam oven atau gunakan penutup periuk pon boleh. Janji jadi ikan bakar tu kan. hehehe…

Ok la jom layan resepi dekat bawah ni. Resepi ni saya buat mengikut selera saya dan hubby. Jika nak ditambahkan dengan bahan lain mengikut selera masing-masing itu terpulang la yer. Jom masak!!!

Artikel Lainnya: 

Bahan-bahan:

  • 5-6 ekor ikan (ikan apapun boleh) – digaram dan kunyitkan – dibakar atau dipanggang

Air Asam

Bahan-bahan:

  • 3 – 5 biji cili padi – di hiris halus
  • 2 biji cili merah – ditumbuk halus*
  • Secubit belacan *
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • Secubit garam
  • Air asam secukupnya

Caranya:

  • Tumbuk semua bahan bertanda * dalam lesung batu atau blend
  • Tuang hasilnya ke dalam mangkuk
  • Masukkan garam, air asam, bawang dan tomato dan kacau rata.

Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • 3-5 biji cili padi – di hiris halus
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • Secubit gula, kicap manis secukupnya
  • 1-2 biji limau kasturi – di perah jusnya

Caranya:

  • Cili Padi, tomato, bawang besar di hiris halus
  • Semua hirisan di bubuh ke dalam mangkuk
  • Masukkan kicap manis, perahan limau kasturi, secubit gula dan kacau rata.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Cencaru Bakar Bersama Air Asam & Sambal Kicap ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Sotong Bakar Bersambal Simple dan Sedap Terkini

Ikan Cencaru Bakar Bersama Air Asam & Sambal Kicap Paling Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *