Assalamu’alaikum…

Ikan Bawal Goreng Berlada Paling Mudah dan Sedap – Entri kali ni yang mudah dan kiranya idea terpantas untuk merubah rasa ikan goreng anda yang nampak bosan gilerr. Ini saya buat semalam. Dan saya goreng 1 ekor ikan bawal saiz sederhana, kurang lebih sebesar tapak tangan. Plan asal memang nak goreng kunyit, lepas tu kan nampak bosan sangat-sangat, ikan tu tak berseri, bonda siap cakap, goreng kunyit saja ke ikan tu?….Errrkk…OK.

Ok kita make over sikit dan saya ada simpan dalam peti sejuk sambal totok pemberian sorang teman office, Kak Zainab Zakaria, tauke roti ni dan beliau juga menjual sambal totok ni. Saya cuma tambah sedikit gila dan hirisan halus daun limau kasturi sebagai penambah aroma sebelum dituang atas ikan bawal goreng tadi. Tapi anda boleh guna resepi anda untuk sambal. Jangan risau saya akan tulis resipi untuk sambal.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal bersaiz sederhana
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata-rata)
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji buah keras
  • 2 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara Penyediaan:

  • Lumurkan ikan dengan campuran garam dan kunyit tadi hingga rata.
  • Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar lembap-lembap, tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.
  • Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.
  • Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.
  • Masukkan ikan goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.
  • Perasakan dan jika ok boleh matikan api.
  • Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Tips: Untuk hilangkan bau ikan, cuci bersih dan gunakan sedikit perahan air limau kasturi atau limau nipis sebelum cucian akhir….ikan, ayam, udang, sotong dan yang sewaktu dengannya bukan saja berbau harum tapi segar je……masakan pasti bertambah sedap.

Terima kasih sekali lagi pada yang sudi singgah dapur kecik saya ni. Sesunggunya yang sempurna itu datang dariNya. Salam ukhuwah buat tetamu yang budiman, semoga jumpa lagi. Insyaallah…

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Sweet Sour Favorite Keluarga

Ikan Bawal Goreng Berlada Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *