Assalamu’alaikum…

Cara Membuat Sup Belut yang Simple dan Istimewa – Salam sejahtera sekali lagi untuk hari ini. Sungguh pun ramai yang tidak ‘sudi’ makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. Spesis belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Spesis ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Hemm… sebenarnya saya sendiri pun agak geli dengan belut ni, tapi alhamdulillah anak tekak ni boleh telan. Cuma part potong belut ni saya tak boleh buat, apatah lagi nak tengok yang hidup-hidup..uwaaaa… Semua keja ni MIL dan SIL saya yang buatkan. Saya just terima yang telah dipotong dan dibersihkan. Saya cuma masak je. hehehe… Okey, jom kita layan resepi Sup Belut ni.

Bahan-bahan:

  • 5 ekor belut – siang dan cuci bersih – potong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar – potong baji
  • 1 batang saderi – potong
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 tangkai daun sup – cincang halus
  • 1 biji kentang – potong kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu rempah sup
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 2 biji bawang putih – hiris
  • Minyak untuk menumis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 liter air

Bahan Kisar:

  • 1 batang saderi
  • 2 biji bawang merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji bawang putih

Cara Membuat:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  • Masukkan air, kentang dan belut.
  • Bila mendidih, masukkan rempah sup. Perlahankan api. Tunggu hingga kentang dan belut masak.
  • Masukkan garam, gula, kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi.
  • Sesuaikan rasa.
  • Angkat, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Cukup mudah untuk membuat sup sup belut segar ini kan? Sila cuba resepi sup belut ini di rumah dan berkhidmat untuk sarapan pagi dengan orang-orang sayang anda. Ayolah, kongsi resipi ini… Siapa yang tahu resepi ini bermanfaat untuk peminat masakan belut. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Bawal Putih Masak Kari Tomyam Mudah dan Sedap

Cara Membuat Sup Belut yang Simple dan Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *