Assalamu’alaikum…

Hari ini saya mahu kongsikan cara saya menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis yang telah saya gabungkan semua cara dan teknik berdasarkan pengalaman saya selama ini serta tips dan petua yang dikongsikan oleh rakan rakan. Jom layan resepinya di bawah ini. Ianya sangat sedap dan terbaeek. Tetapi abaikan gambarnya yang tak cantik kerana diambil di waktu senja dengan cuaca yang gelap serta hujan renyai renyai..

Sambal Tumis Ikan Bilis adalah cukup sinonim dengan kebanyakan masyarakat kita terutama dihidangkan dengan nasi lemak. Namun begitu, masih ramai peniaga yang tidak menghasilkan sambal tumis yang sedap. Ianya sangat berbeza dengan nasi lemak yang dimakan dengan di kopitiam yang sambal tumis ikan bilisnya sangat sedap, berwarna berkilat cantik.

Sebenarnya tidak susah pun untuk menghasilkan sambal tumis ikan bilis yang sedap, Cuma teknik semasa memasaknya yang mesti betul. Tiga perkara yang sangat saya utamakan ialah cili kisar mesti betul betul garing, bawang besar mesti banyak dan gula juga mesti lebih. Yang lain lain seperti biasa sahaja. Sambal tumis yang disediakan dengan dimasak lama lama, boleh tahan sehingga 4-5 hari tanpa perlu dipanaskan. Separuh darinya saya masukkan dalam tupperware untuk disimpan.

Berkenaan dengan ikan bilis pula, ada pelbagai versi. Kalau ikut cara arwah bonda mertua, semua bahan termasuk ikan bilis dimasukkan kesemua sekali di dalam kuali dan biarkan masak dengan api perlahan lahan. Maknanya ikan bilis tidak digoreng. Cara yang biasa, saya mengikut cara sodara saya, ialah memasukkan ikan bilis yang tidak dimasak ke dalam sambal tumis selepas cili telah benar benar garing. Pun ikan bilisnya tidak digoreng terlebih dahulu. Ikan bilis digoreng separuh masak sebelum dimasukkan dalam sambal tumis yang cilinya telah garing. Selain itu, saya juga biasa menggoreng ikan bilis sehingga garing dan memasukkannya ke dalam sambal yang telah terbit minyak.

Okey jom resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan yang diperlukan :

  • 1 cawan bilis (siap kopek)
  • 20 helai cili kering (dikisar)
  • 2 biji bawang kkecil (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam (secukupnya)
  • Gula (secukupnya)
  • Air asam jawa (secukupnya)

Cara penyediaan :

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
  • Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
  • Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
  • Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
  • Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
  • Tutup api dan hidang.

Nota:

  • Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan 4 biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar 2 biji.
  • Anda boleh menggunakan cili merah hidup sebagai pengganti cili kering. tai tidak perlu ditumis lama dan berwarna lebih cantik dan sedap.

Sambal bilis sesuai dimakan dengan apa sahaja. Sedap dimakan bersama roti, cucur dan donut. Sedap juga dimakan bersama mee goreng dan bihun goreng yang tidak pedas. Lagi sedap dimakan bersama nasi lemak dan lontong.

Selamat mencuba…

Read More: Cara Membuat Ikan Bawal Masak Cuka

Cara Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *