Assalamu’alaikum…

Cara Membuat Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis Simple dan Mudah –¬†Sebelum kita mula resepi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya ini, blog ini Inshaa Allah akan terus ada di Internet apabila anda mahu untuk melawat.

Sekembali dari Ipoh bulan lepas, saya tidur seketika kerana terasa sangat kepenatan melakukan perjalanan di dalam cuaca luar yang panas. Sebaik bangun, perut pun mula terasa lapar. Saya turun ke bawah untuk memasak Nasi Lemak. Kebetulan banyak stok ikan bilis Nipis yang hubby bawa balik dari Tawau. Saya pun berniat untuk memasak Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis.

Sementara saya tengah memasak, Afifah balik dari kerja dan terus ke dapur menanyakan apa yang saya masak. Selepas itu, Noorly pula balik dari pejabat dan terus makan. Pendek kata sangat berbaloi baloi saya memasak hari itu kerana semua anak anak makan di rumah.

Jom kita tengok resepi saya untuk memasak Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis yang asalnya saya pelajari dari sepupu saya, Cikgu Wan Zainab selepas merasai sambal beliau yang sangat sedap.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 paket kecil ikan bilis nipis
  • 4 biji kentang di kupas kulit dan hiris nipis
  • 1 biji cili merah di cincang kasar
  • 5 biji cili api di cincang kasar
  • 1/2 biji bawang holand di potong baji
  • 1 biji bawang besar *
  • 1 biji bawang putih *
  • 1/4 inci belancan *
  • 10 biji cili api *
  • Kisar ke semua bahan bertanda *
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu teh gula.

Cara-cara Penyediaannya:

  • Gaul kan kentang dengan garam dan sedikit kunyit. Goreng kan bersama minyak masak sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
  • Goreng kan pulak ikan bilis nipis sehingga garing dan ketepikan.
  • Tumiskan bahan yang di kisar tadi. Agak agak dah separuh masuk, masukkan bahan yang di cincang tadi dan bawang holand tadi.
  • Bila sambal telah masak, masukkan garam secukup rasa dan juga gula. Matikan api. Biarkan sejuk dulu.
  • Bila sambal dah sejuk baru gaulkan ketang sehingga rata. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis nipis yang telah di goreng awal tadi.
  • Tujuan nya di masukkan akhir supaya ikan bilis sentiasa rangup bila di makan nanti. Baru sedap krap krup krap krup bila dikunyah. hehehe…

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah membuat hidangan keluarga. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Keli Asam Pedas yang Sedap dan Istimewa

Cara Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis Simple dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *