Assalamu’alaikum…

Cara Membuat Ikan Siakap Bakar Tomyam Sedap – Setelah 2 hari berlalu, hari ni kita bersua kembali. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke dapur alam maya ini. Terima kasih juga sudi meninggalkan komen-komen yang indah-indah buat saya. Semoga hubungan yang terjalin sesame kita akan terus terjalin dan berkekalan sampai bile-bile.

Sedang entri ni bersiaran, saya sebenarnya tengah bersiap-siap untuk persiapan untuk ‘outstation’ yang pertama bagi tahun 2017. Rasanya penat yang lepas tak hilang lagi. Dah kembali berpenat lagi hari ni sehingga esok. Kali ni tak lama cuma 2 hari 1 malam saje tahap kepenatannya dah boleh dibayangkan. Sebab majlisnya akan berlangsung esok pagi. Jadi petang ni mungkin meninjau tempat dan menyiapkan ape yang patut.

Bile sebut saje dapur alam maya ni, resepi yang saya nak kongsikan hari ni adalah Ikan Siakap Bakar Tomyam. Resepinya saya ambil dari blog Kak DJ@DapurKu Sayang. Memang sangat berbaloi mencuba resepi ni. memenuhi citarasa saya terutamanya. Sebab saya memang peminat ikan bakar!! Jadi dengan terhidangnya ikan siakap bakar tomyam ni dengan nasi panas dah cukup membuka selera. Tak perlu lain bagai dah, ini pon sudah mencukupi. Pada yang belum dan ingin merasai nikmatnya masakan ni sila la mencuba yea.

Terima kasih Kak DJ dan empunya resepi ni Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi ni. Izinkan saya mengabadikan resepi ni di sini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam (guna 1 paket)
  • 5 helai daun limau purut (takder stok)
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil
  • Sedikit gula dan fish sos – ni kita tambah sendiri

Bahan untuk dikisar:

  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (gantikan dgn cili hijau)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara Membuat:

  • Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
  • Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  • Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  • Perahkan limau semasa menghidang.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Siakap Bakar Tomyam ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah sajian hidangan anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Sotong Bakar yang Simple dan Paling Lazat

Cara Membuat Ikan Siakap Bakar Tomyam Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *