Assalamu’alaikum…

Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal Paling Sedap – Resepi ini saya pelajari dari Liza kawan sepejabat saya selepas melihat resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Liza selalu mengikuti blog saya dan akan memberi komen atau pandangan beliau melalui email. Saya telah membuat sedikit pengubahsuaian dari resepi asal Liza dengan memasukkan sedikit belacan.

Kata Liza, lebih sedap kalau dimakan bersama sayur tumis air dan nasi putih panas panas. Atau jika suka boleh juga dimasukkan sedikit santan dan masak sehingga sambal pecah minyak. Mana mana pun boleh. Ikutlah selera dan citarasa masing masing. Saya membakar menggunakan kuali ajaib. Bila dibakar menggunakan kuali ajaib ni dah macam goreng juga sebab minyak dari sambal akan keluar sedikit. Bezanya ia tidak digoreng dalam minyak yang banyak seperti biasa. Sila lawati juga video youtube blog ini, klik di SINI.

Memang sedap sangat ikan bakar bersumbat sambal ni. Saya cuma menyediakan Sotong Masak Kicap untuk dihidangkan bersama Ikan Bakar Sumbat Sambal ini. Hidangan ringkas ringkas sahaja. Yang penting ianya disukai oleh anak anak.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.

Resepi Ikan Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 3 ekor ikan cencaru size sederhana
  • 5 Sudu besar cili kering kisar
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai, hiris halus *
  • 3 biji buah keras*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia* (Kisar bahan*)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus asam jawa campur sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Daun Pisang

Cara Membuatnya:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar, masakan sehingga terbit minyak.
  • Kemudian masukan jus asam jawa, daun limau purut, hirisan daun kunyit dan garam secuku rasa. Masakan sambal sampai pekat, angkat dan ketepikan.
  • Ikan cencaru yang telah dibersihkan dan belah belakang, ambil sambal yang dimasak tadi sumbat dibelakang ikan tersebut secukupnya.
  • Ambil 2 helai daun pisang, alaskan didalam pemanggang ajaib tu, letak ikan diatasnya, tutup pemanggang dan bakar dengan api sederhana.
  • Balik-balik kan ikan supaya sempurna masak nya. Kemudian perahkan dengan limau kasturi.. emm harum wanginya..
  • Siap dihidang, boleh dimakan bersama kuah kicap yang dihiris bawang merah dan cili api.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah hidangan masakan anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Cara Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis Simple dan Mudah

Cara Membuat Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *