Assalamu’alaikum…

Alhamdullilah masih dapat mencuri masa untuk mengadet di sini. Ini pun di ofis saya mengapdet, kerja banyak dah settle, yu yang rajinkan diri disini. Nasib baik bawa ipad, dalam tu semua ada gambar yang saya ambil selesai memasak. Ok jom, saya nak belanja resepi masak Ikan Bilis Cili Api Pedas yang kaw kaw. Boleh meleleh peluh di dahi kalau makan sambal tumis nie. Famili saya memang suka kan yang pedas. Especially yang masakan menggunakan cili api. hehehe…

Sabtu lepas, saya pergi ke cafe baru yang di buka oleh adik saya yang bongsu sekali. Nama cafe Buddiez berdekatan dengan Jalan Ipoh di Viva Residency. Baru aje mula di bukak. Dia memang dah bertekad lama untuk membuka kafe. Semoga adik saya, Marsiana berjaya dalam cita cita nya… Insya Allah.

Salah satu hidangan di kafe nya nasi goreng, ada telur mata dan juga sambal tumis ikan bilis cili api. Memang pedas kaw kaw la, berpeluh jugak anak saya, Ryan makan sambal tumis tu. hehehe… boleh tahan gak dia. Saya pulak order ayam goreng, resepi dari abah saya. Heemm… terasa tak puas hati sebab tak makan sambal tumis tu. hehehe… Jadi semalam apa lagi salah satu menu hidangan tengahari saya, sambal tumis ikan bilis cili api yang di masak pedas. Kalau saper yang suka pedas memang berselera, mau bertambah makan. Kalau ada balance, di panaskan semula akan menjadi kering sedikit. Boleh di makan dengan roti memang maveles.

Resepi nya mudah, tak banyak bahan yang di guna kan? ringkas dan cepat. Ikan bilis pulak saya dah sedia kopek awal-awal lagi. Dah di bersihkan dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, senang bagi saya, terus masak, tak perlu nak bersih kan lagi. Jom tinjau resepinya di bawah nie.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 cawan ikan bilis – dibersih dan digoreng sampai masak atau garing
  • 1 biji bawang besar – dimayang nipis-nipis
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Kicap manis Babas secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus:

  • 15 biji cili api – kalau pedas boleh dikurang
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara Memasak:

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk serta biarkan sambal menjadi harum.
  • Masukkan asam keping kemudian kacau serta terus boleh dimasukkan bawang besar dan biarkan bawang besar masak layu.
  • Masukkan ikan bilis goreng, garam secukup rasa dan kacau semua bahan bagi mesra dan masukkan kicap manis dan kacau bagi semua bahan mesra.
  • Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.
  • Siap untuk dihidang

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Ikan Bilis Tumis Cili Api Pedas ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu dan rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Keli Paling Sedap Terkini

Cara Membuat Ikan Bilis Tumis Cili Api Pedas yang Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *