Assalamu’alaikum…

Bawal Putih Masak Kari Tomyam Mudah dan Sedap – Menu kari memang tidak dapat di pisahkan dengan orang utara dan di Kedah ni kami menyebutnya sebagai gulai. Definisi gulai di antara orang utara semenanjung dengan bahagian selatan agak berbeza. Tapi di sini memang gulai itu adalah kari.

Di Langkawi banyak tempat makan yang menyajikan gulai panas, terutama sekali untuk hidangan makan malam, di mana pelanggan akan memilih sendiri ikan segar yang di sediakan oleh restoran atau gerai tersebut dan di masak serta hidangkan panas-panas kepada pelanggan dengan lauk-pauk lain dan ulam-ulaman segar.

Bagi saya, konsep perniagaan dan menu begini amat bagus di perkenalkan kepada pelancong asing dan bersaing dengan kebanjiran tempat makan Thai yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan di Bandaraya pelancongan ini, hinggakan hilang identiti Malaysia yang di cari oleh pelancong itu sendiri. Maklumlah kedudukan geografi Langkawi begitu hampir sekali dengan selatan Thailand.

Baiklah, untuk hari ini saya ingin berkongsi hidangan Bawal Putih Masak Kari Tomyam. Pasti semua orang tau memasak kari kan? Tetapi saya ingin juga berkongsi di sini untuk yang tidak tahu dan masih belajar memasak terutama sekali bagi adik-adik dan anak-anak kita. Jom layan resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 Ekor Bawal Putih
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 2 Sudu Besar Pes Tomyam
  • 1 Sudu Besar Serbuk kari
  • 1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
  • 100ml Santan
  • 300ml Air
  • 1 Sudu Teh Gula Pasir
  • 5 Batang Kacang Bendi ( Dipotong )
  • 2 Biji Tomato ( Dipotong Berbaji )
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dipotong Berbaji )

Cara Penyediaannya:

  • Campur gaulkan serbuk kari dengan sedikit air untuk menjadikannya pes & ketepikan.
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, tumis pes tomyam bersama pes kari sehingga naik bau.
  • Tuangkan air & didihkan.
  • Taburkan serbuk pati ayam dan masukkan bendi, tomato dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan santan dan ikan bawal putih.
  • Reneh sehingga ikan masak dan hidangkan panas-panas.

Nota: Ikan bawal putih juga sangat berkhasiat untuk badan. Vitamin sangat kompleks. Mengandungi vitamin A, B, C, D, dan K. Ikan ini juga kaya dengan mineral fosforus dan selenium. Di samping itu, kandungan asid omega 3 dan omega 6 juga dipercayai mendidik otak.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Bawal Putih Masak Kari Tomyam ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah hidangan keluarga anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Cencaru Bakar Sambal Kicap Paling Sedap

Bawal Putih Masak Kari Tomyam Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *