Assalamu’alaikum…

Asam Pedas Melaka Ikan Kerisi yang Mesti Cuba – Cuti hari kemarin saya dan anak-anak tak kemana-mana pun. En. suami je ada 2 temu janji dengan kawan-kawannya sebab ada urusan sikit. Pagi keluar ada urusannya sendiri ajak kawannya teman, balik dekat nak zuhur. Petang lepas asar keluar lagi atas urusan kawan (kawan yang lain pulak). Pukul 10 lebih baru balik. Aduhh.. bosannya rasa bila en. suami takde. Anak-anak asyik tanya je mana ayah pegi sebab memang jarang dia keluar lama-lama tanpa bawa kami sama-sama melainkan bila keluar kerja. Tapi apa boleh buat, ada yang memerlukan dia selain kami. Redho ajelah, cuma frust sikit sebabkan sibuk dengan urusan kawan, urusan saya tak sempat nak buat. Ingatkan dia balik awal… huhuhu…

Apa boleh buat, hari tu saya masak menu Malaysia lah jugak. Takmolah masak menu barat kang macam tak sayang kat Malaysia la pulak. hihi…. Sebenarnya tekak ni dok teringin dah lama nak makan asam pedas pekat-pekat. Hmm…. telan air liur bila dok teringat. Almaklum, tanda-tanda tu dah faham sangatla kalau tekak nak makan masam-masam… hihi…

Dalam kepala dok ingat daun kesum ada lagi rasanya dalam peti sejuk tu, jadi masa pegi pasar Ahad lepas (hari sama beli ikan sardin saiz besar tu) takdelah saya beli daun kesum. Rupa-rupanya bila tengah memasak, cari-cari daun kesum, daun kesumnya dah lunyai. Kalau takat kering boleh guna lagi, tapi rupanya daun kesum dah busuk. Kalau orang Terengganu kata, dah lodoh.. hihihi… Maka sepantas kilat asam pedas saya jadi asam pedas melaka. Mujur stok halba tak pernah putus dalam simpanan. Kira bolehlah asam pedas melaka pun sedap juga.

Cuma kalau ikut resepi ma, asam pedas halba ma akan buat versi cair-cair je. Tapi bila buat pekat-pekat camni sebenarnya lagi sedap. Bertambah-tambah makannya. Si kecik saya pun suka. Digandingkan pulak dengan ikan kerisi goreng, sambal getuk yang en. suami buat dan berulamkan kubis. Sempat gak en. suami bantu di dapur tengahari tu walaupun balik penat-penat.

Dah jom tengok resepi, ni cara saya la ye, rasanya lebih kurang je kot resepi asam pedas ni kan.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya :

  • 3 ekor ikan kerisi (di siang dan dibasuh bersih)
  • 1 sudu teh halba
    (untuk digiling/tumbuk/blender)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering (yg telah direbus dan buang bijinya)
  • 3 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas (dititik)
  • 1 batang bungan kantan (dibelah dua)
  • 2 batang serai – dititik
  • Sedikit daun kesum
  • 250ml litre air untuk kuah
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 4 batang bendi jika suka

Cara-cara Membuat:

  • Sediakan bahan-bahan untuk dikisar.
  • Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam periuk.
  • Masukkan halba, api jangan besar biar sederhana dulu. Apabila halba nampak sedikit kuning, masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan juga serai dan lengkuas.
  • Tumis sehingga bahan-bahan naik bau dan cili pecah minyak
  • Letakkan sedikit air dahulu dan masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Kacau sedikit dan tambah gula, garam dan perisa secukup rasa.
  • Pastikan kuah sudah cukup perisa sebelum masukkan ikan.
  • Masukkan ikan. Tambah lagi jika masih tidak menutupi ikan
  • Masukkan juga kacang bendi.
  • Tutup periuk dan masak hingga ikan dan bendi empuk.
  • Baru masukkan air asam jawa mengikut kesukaan
  • Biarkan mereneh seketika sebelum dhidangkan.

Petua:

  1. Biasanya saya masak asam pedas ni pagi. Bila nak makan tengahari dah sedap sikit sebab rasanya sudah sebati.
  2. Kuah di rasa dahulu sebelum masukkan ikan, sebab dah masukkan ikan tak boleh kacau-kacau, nanti ikan pecah.
  3. Asam jawa yang paling akhir supaya sayur bendi tak “kejung”. Mak saya kata asam jawa akan menyebabkan mana-mana sayur menjadi keras.
  4. Kuah biar pekat, baru sedap.

Jangan lupa untuk share kekawan-kawan semua ya…. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Sambal Sotong Kering Paling Mudah dan Sedap

 

Asam Pedas Melaka Ikan Kerisi yang Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *