Assalamu’alaikum…

Resepi asam pedas hari ini, saya belajar dari Amalia, isteri Ustaz Rohimuddin yang sangat pandai memasak asam pedas. Saya menggunakan ikan terubuk bertelur yang Hubby beli di Pasar Taman Tun Dr Ismail. Lama betul saya tak jumpa dengan ikan terubuk yang gemuk dan bertelur. Teringat dulu dulu, saya suka makan di gerai USJ 6 yang menjual pelbagai lauk pauk kampung termasuklah Asam Pedas Ikan Terubuk bertelur.

Telur ikan terubuk yang dibuat telur masin di Sarawak sangat mahal kan. Maklumlah ianya agak sukar untuk mendapatkan terubuk bertelur. Ikan terubuk yang saya masak hari ini pun memang dibeli dengan harga yang sangat mahal. Mahal lah pada saya. Saya pun terkejut bila Hubby memberitahu yang harganya lebih RM80 seekor. Tapi memang Hubby macam tu, jenis tunjuk tunjuk dulu. Kalau saya, pasti saya bertanyakan harga dulu sebelum minta disiang atau dibungkus. Kadang kadang rasa tak berbaloi nak bayar ikan terubuk semahal ini kerana isinya banyak tulang. Bahagian kepala banyak tulang halus halus walaupun dah ditarik kepala dan ekor ikan.

Masakan asam pedas memang sedap, masak apa pun sedap. Ianya antara lauk kegemaran saya. Lagi pulak, ianya masakan menyihatkan kerana tidak ada penggunaan santan atau bahan berlemak. Menggunakan ikan-ikan yang jenis lemak dan sedap, maka lagi lah sedap jadinya asam pedas kita. Hee berapa banyaklah nak tulis sedap sedap ni. Kalau diperhatikan asam pedas saya hari ini kurang bahan kerana saya malas nak mengisar cili kering. Saya hanya menggunakan baki cili kisar yang ada dalam peti ais sahaja. Jadi kuahnya agak cair.

Jom layan resepi yang sangat mudah tetapi sangat sedap ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan terbuk, anggaran 400 gram
  • 1 biji terung biru
  • 1 biji tomato
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3/4 cawan cili kisar
  • Air secukupnya
  • 1 hirisan halia, dititik
  • 1 hirisan lengkuas, dititik
  • 7 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)

Cara Membuat:

  • Ikan terubuk, dibuang sisik, siang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali.
  • Kerat ikan tadi pada 3 bahagian, bergantung pada saiz ikan. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk halus, halia dan lengkuas hingga harum.
  • Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. Tuang sedikit air (anggaran 1 cawan), kacau rata dan biar mendidih.
  • Masukkan ikan dan terung, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa, jika perlu tambah air lagi. Biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk-lauk yang lain…

Okey…makan bersama nasi panas telur dadar… Alhamdulillah rezeki untuk hari ini… Selamat mencuba dan selamat menjamu selera… 😉

Read More: Resepi Udang Masak Daun Kari Paling Mudah dan Simple

Asam Pedas Ikan Terubuk Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *