Assalamu’alaikum…

Apa khabar pengunjung setia Resepi Masakan Ikan, hari ini saya ingin kongsikan resepi Udang Masak lemak Cili Api. Simple sangat dan anda boleh cuba mana tahu ini salah satu resepi yang memikat selera anda. Resepi ini menggunakan beberapa bahan sahaja tetapi rasanya memang tiada tanding. Percaya tak, hari ini saya sangat gembira kerana selama 3 hari suami akan cuti kerja dan kita berdua akan bercuti di Bali, Indonesia. Sebenarnya, beberapa tahun lepas kami sudah pernah melawat Bali. Tapi kerana pantai di bali sangat cantik membuat suami ingin melawatinya lagi.

Suami saya memang mempunyai hobi melancong dan sebelum kami berkahwin, dahulu beliau suka melancong bersama kawan-kawan dia. Suami saya cakap dia pernah melancong ke Jepun, Singapura, bahkan ke Perancis. Tapi selepas saya berkahwin dia belum pernah mengajak saya bercuti ke Perancis. Padahal saya ingin melihat menara Eifel yang sangat terkenal itu.

Kembali ke resepi, sebenarnya resepi ini sudah banyak kawan blogger yang kongsikan tetapi tak ada salahnya saya ikut berkongsi juga, cara sebenar resepi udah masak lemak cili api dari Negeri Sembilan adalah selain masak lemak dari ikan tak perlu letak asam keping, cuma diletakan garam dan serai sahaja. Ilmu ini saya dapatkan dari kawan di group masakan, sementara ayam dan ikan mesti dikecutkan dahulu dengan dimasak bersama bahan kisar sebelum dimasukkan santan. Mujurlah saya join di group tersebut kerana banyak resepi dan ilmu baru yang dapat saya perolehi.

Saya memang bukan chef atau pakar memasak, saya cuma seorang isteri yang berkongsi masakan apapun yang pernah saya cuba. Jadi apabila saya ingin boleh menyediakan makanan yang sedap untuk keluarga saya harus terus belajar dan menambah ilmu. Saya menulis pelbagai resepi disini supaya boleh untuk panduan anak cucu cicit di akan datang yang baru belajar memasak. Jom kita layan resepi Udang Masak Lemak Cili Api yang saya masak tadi pagi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang galah
  • 4 batang kacang panjang, patahkan sepanjang 3cm
  • 2 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1-2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 8-10 biji cili padi
  • 2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya
  • 6-8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (optional)

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
  • Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
  • Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi masak lembut, terus tutup apinya.

Tips:

  1. Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
  2. Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
  3. Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air)

Semoga resepi diatas dapat dijadikan rujukan untuk memasak rakan-rakan semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Masak Lemak yang Mudah dan Ringkas

Udang Masak Lemak Cili Api yang Simple dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *