Assalamu’alaikum…

Udang Black Pepper yang Sedap dan Istimewa – Saya ubahsuai resepi ini dari resepi Ketam yang terdapat dalam blog Bila Chah Ke Dapur kerana saya tak punya ketam. Sekarang ni, kena fokus pada masakan lauk pauk dulu kerana yang pasti lauk pauk yang dimasak akan dapat sambutan dari penghuni Villa Nur Qaseh yang 3 orang tu berbanding dengan kuih muih.

Kalau nak membuat kuih muih, kena tunggu hari minggu jer. Saya pun tak terkejar-kejar masa memasak, masa mengambil gambar dan mengemaskini blog. Bila terkejar kejar ni, badan pun jadi penat. Bila penat, hihihi tak sempat nak berzikir lama lama selepas solat, asyik menguap nguap jer.

Beberapa malam lepas, saya ada menyediakan Masak Kicap Ikan Kerisi yang mendapat sambutan hangat. Alaa sambutan dari penghuni rumah ni lah. Jadi bila dah kekeringan idea, buat lawatan tapak ke dapur kawan kawan dan tersinggah di Dapur Chah. Sila layari juga channel youtube-nya klik di SINI.

Saya memang suka melayan gambar gambar yang cantik dan boleh melihat satu satu gambar dari tepi ke tepi, dari atas ke bawah lah. Haaa begitu lah saya, yang rasa terhibur dapat menjamu mata dengan gambar gambar masakan yang cantik menawan.

Terpesona dengan gambar yang cantik, menyebabkan saya ingin mencuba resepi Chah yang diminta dari tukang masak di sebuah restoran masakan seafood. Memang sedap sekali resepi ini. Tambahan lagi, penggunaan daun kucai menambahkan manis manja lagi masakan ini… Jom layan resepi dulu.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 cm halia (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1-2 sk serbuk lada hitam
  • 1-2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 4-5 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sb madu + 50 ml air + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)
  • 1 sudu makan sos cili

Cara-cara Membuat:

  • Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit.
  • Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang.
  • Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati.
  • Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul-gaulkan.
  • Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak.
  • Boleh tambah garam jika perlu.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Udang Black Pepper yang Sedap dan Istimewa ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Kerisi Goreng Berempah yang Mudah dan Sedap Sangat

Udang Black Pepper yang Sedap dan Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *