Assalamu’alaikum…

Hari ni nak masak lauk apa? Dah ada idea belum? Kalau belum jom masak Sup Kepala Ikan Jenahak. Ini antara lauk Favourite manusia di rumah ni. Anak-anak memang suka sangata apa je masakan sup-sup ni. Bondanya pun suka, sebab senang sangat nak masak ni tau. Bahan-bahan pun tak banyak. Pendek kata, mudah dimasak, sedap dimakan, berkhasiat lagi. Pakej gitu…. ahahaaa….

Sup Kepala Ikan Jenahak ni pun selain sesuai untuk anak-anak makan (orang tua pun suka juga kan), juga sangat sesuai untuk para Bonda-bonda yang tengah berpantang. Membantu bonda buang angin dalam badan. Lagipun ikan tu protein. Protein sangat penting dalam membantu membina sel-sel yang baru dan sihat. Jadi luka-luka dalaman, luka episotomi cepat sembuh. Boleh tambah lada hitam yang ditumbuk kasar kalau mahu. Saya kalau makan sup ni masa pantang berpeluh-peluh dan rasa macam nak bertambah nasi tu. hehehe…

Sebenarnya sudah lama saya tak memasak Sup Kepala Ikan kerana hubby tidak membeli kepala ikan. Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya, yang pada masa itu bertugas sebagai Penyelia. Saya mempelajari dengan melihat sendiri beliau memasaknya dan sejak itu, ianya sudah menjadi resepi kegemaran kami sekeluarga bagi memasak kepala ikan. Kepala ikan yang biasa saya guna adalah kepala ikan merah atau ikan jenahak. Lain-lain kepala ikan, tak pernah lagi saya mencubanya.

Semalam semasa ke Giant, saya telah membeli kepala ikan jenahak dan kepala ikan merah yang sederhana saja saiznya. Lama tak makan sup kepala ikan ni, menjadikan sup yang dibuat ini rasa sangat sedap. Jom kita layan resepinya dulu.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan jenahak – belah Dua
  • 1 Keping asam keping
  • 1 Batang lobak merah
  • 1 Sudu besar bawang goreng
  • 1 Jag kecil air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang/daun sup

Bahan-bahan Menumis

  • 3 Sudu besar minyak masak
  • 3 Ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 Ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 Inci halia – ditumbuk
  • 1 Bunjut sup ikan
  • 1 Batang serai – dititik
  • 1 Batang kayu manis
  • 2 Biji bunga lawang
  • 1 Sudu besar lada hitam – ditumbuk

Cara Membuat:

  • Ambil periuk sedikit besar senang untuk kita menumis.
  • Panaskan minyak masak dan masuk kan semua bahan bahan menumis.
  • Masak dengan api perlahan sehingga sehingga naik bau wangi dan warna bertukar kekuningan.
  • Selepas semua bahan naik bau masuk kan kepala ikan jenahak dan masuk kan sedikit air supaya tidak hangit.
  • Renihkan ikan selama 5 minit dengan api yang kecil dan tutup periuk.
  • Selepas ikan direnehkan masuk kan air,asam keping dan masak dengan api sederhana besar.
  • Apabila sudah mengelegak masuk kan Garam secukup rasa dan tutup api.
    final touch masukkan daun bawang/sup dan taburkan bawang goreng.
  • Hidangkan bersama Nasi Panas….memang heaven.

Tips memilih ikan segar: Insang merah, mata ikan putih dan bersinar (jangan pilih mata ikan dah warna merah tu maksudnya ikan dah lama)

Jika di kampung saya, tidak sah kalau tidak disertakan dengan sambal kicap. Sambal kicap yang sedap mestilah “powerrr” dari segi kepedasannya. Nak sediakannya mudah saje. Cuma perlu tumbuk segenggam cili padi (cili bangladesh lebih elok, cili mexico pun ok gak) sehingga lumat, masukkan kicap (tak perlu banyak) dan perahkan asam limau. Nak sedap lagi…hiriskan seulas bawang kecil (kalau boleh bawang siam) lepas tu penyek-penyekkan aje dalam sambal kicap tadi. Hmmm…pasti terangkat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Masak Sambal Tumis Sedap dan Senang

Sup Kepala Ikan Jenahak Favourite Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *