Assalamu’alaikum…

Sotong Sumbat Telur dan Udang Paling Sedap – Semalam aku teringin nk makan sotong sumbat. Tak pernah buat sebelum ni. Aku pun gigih menggugel cari resepi terhebat. Banyak yang aku jumpa, ada yang sotong disumbat dengan kelapa, beras pulut, kentang, sayur dan macam-macam la. Semua agak kurang menarik perhatian dan merumitkan. Bulan-bulan Oktober ni aku nak masak yang mudah-mudah je, manalah sempat aku cuma ada masa 1 jam untuk memasak sebelum nak menghidang.

Akhirya aku ambil keputusan menggunakan telur dan udang sebagai isi sotong sumbat aku. Ini adalah resepi aku sendiri setelah di tambah tolak dari pencarian di encik gugel. hehehe..

Okey, mari kita tengok cara-caranya, kalau korang suka boleh try untuk menu hari ni ye..

Sotong

Bahan-bahan:

  • 500 gm sotong – dibersihkan dan dicelur sebentar.
  • 2 biji telur- diperisakan dengan sedikit garam dan lada sulah dan dipukul sebati.
  • 1/4 batang lobak merah – dikiub kecil
  • 5 ekor udang – dibuang kulit dan cincang halus
  • 1 pokok daun bawang – dipotong kecil

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan masukkan udang dan kacau hingga udang masak.
  • Masukkan lobak merah dan kacau .
  • Tuangkan telur dan kacau cepat-cepat hingga hancur.
  • Tutup api dan masukkan daun bawang dan kacau sebati.
  • Setelah sejuk, sumbatkan kedalam perut sotong.

Sos

Bahan-bahan:

  • 1 ulas bawang putih – diracik halus
  • 1 cm halia – diracik halus
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos cili thai
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • Cili merah dan hijau- dikiub kecil
  • 1/4 cawan air

Cara-cara:

  • Tumis bawang putih dan halia hingga perang.
  • Masukkan sos cili dan sos cili thai, kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram dan sos ikan, kacau lagi.
  • Tuang sedikit air untuk mencairkan sos tadi.
  • Masukkan sotong dan kacau selalu hingga sotong masak.
  • Akhir sekali masukkan cili merah dan hijau dan tutup api.
  • Lebihan telur hancur tadi sekiranya masih ada, boleh dimasukkan sekali ke dalam sos.

Tips saya kalau nak sotong tu kekal fresh selepas beli dari pasar, jangan bersihkan tapi simpan terus dalam bekas berasingan. Bila nak masak baru keluarkan, jangan keluar masuk keluar masuk peti ais nak-nak sotong bersih. Nanti sotong dah tak kenyal dan kurang rasa sedap.

Mudah je kan cara buatnya?… Semoga yang saya Kongsikan dapat bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba… 😉

Read More: Sotong Goreng Tepung Rangup yang Mesti Cuba

Sotong Sumbat Telur dan Udang Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *