Assalamu’alaikum…

Sotong Masak Serai Kunyit yang Simple dan Paling Sedap – Adoyaiii…sedapnya resepi sotong ni…, asalkan sotong masak apa pun saya memang suka. Saya suka lauk sotong, antara makanan laut kegemaran saya. Selain sotong saya gemarkan ikan siakap, hihi…

Tapi, selalu sotong cepat berair bila di masak lama. Cara untuk mengeringkan air sotong dengan memanaskan kuali tanpa minyak dan masukkan sotong yang telah ditos selama beberapa minit sehingga keluar air sotong. Kemudian dikeluarkan sotong dan ditoskan sehingga kering. Lepas tu, barulah mula memasak sotong tersebut. Sila layari juga channel youtube saya kilik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 300 gram sotong segar
  • 1 1/2 sudu teh pes asam jawa
  • 3 helai daun limau purut (dibuang tulang/tangkai tengah)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar holand (dihiris bulat)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 5 biji cili padi*
  • 2 batang serai*
  • 3 ulas bawang merah ros*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Seruas ibu jari halia*
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Membuat:

  • Hiris bahan-bahan bertanda bintang (*) dan kisar semuanya hingga hancur.
  • Panaskan kuali dengan 1/4 cawan minyak masak untuk menumis.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan.
  • Apabila air sotong telah keluar dan kuali kelhatan sedikit berkuah, boleh lah kecilkan api.
  • Masukkan air masam jawa, bawang besar, tomato, dan daun lima purut.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Jika rasa dah sempurna boleh padamkan api.
  • Sedia dihidang.

Selain digunakan untuk masakan, serai juga mempunyai pelbagai manfaat ubat yang bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-mikrob dan dimanfaatkan di seluruh Asia Tenggara, benua Afrika dan benua Amerika. Hal ini serai juga sudah diolah untuk diambil minyak atsirinya yang disebut dengan minyak sereh untuk pelbagai keperluan termasuk aromaterapi, minyak gosok untuk mengurangkan kesakitan serta melancarkan peredaran darah.

Serai adalah gudang nutrisi aromatik penting yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Serai adalah sumber vitamin penting seperti vitamin A, B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin) B5 (asid pantotenat), B6 ​​(pyridoxine), folat dan vitamin C. Juga menyediakan mineral penting seperti kalium, kalsium, magnesium, fosforus, mangan, tembaga, zink / zink dan zat besi yang diperlukan untuk fungsi tubuh yang sihat. Lemongrass tidak mengandungi kolesterol atau lemak yang berbahaya.

Banyak resepi yang boleh dicuba dengan makanan laut ni, terutamanya sotong. Hihi…ada boleh masak paprik, masak percik, sotong tomyam, sotong goreng tepung dan banyak lagi. Banyak saya dah cuba, kalau tak tahu, semak kat blog atau pak cik Google. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Sup Belut yang Sedap dan Lazat Terkini

Sotong Masak Serai Kunyit yang Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *