Assalamu’alaikum…

Apa khabar kawan-kawan semua… Semog selalu dalam keadaan sihat?? Terima kasih banyak kerana sudi mampir di blog saya ini. Kali ini saya nak mencuba memasak Sotong Goreng Tepung Rangup yang biasanya saya order sahaja bila nak ingin memakanya. Sebenarnya, saya memang penggermar seafood seperti sotong, udang, ketam dan banyak lagi.

Sampai sekarang bernasib baik kerana saya tidak memiliki masalah dengan olahan ikan laut. Tetapi walau bagaimanapun saya tetap menjaga tempoh seminggu sekali untuk memakan ikan laut.Kerana kesihatan tetap yang utama, betul kan?…

Sotong goreng tepung rangup ini sering kita jumpai di restoran makanan laut. Dahulu saya ingin tahu bagaimana rahsia bumbu yang dipakai. Setelah saya bertanya kepada Mr. Google akhrinya saya tahu juga cara memasaknya. pasti anda ingin tahu juga kan? jom kita layan resepi dibawah.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk digaul dengan sotong dan diletakkan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:

  • Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
  • Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
  • Ambil secukupnya campuran tepung dan campurkan dengan telur yang dipukul.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng.
  • Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
  • Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
  • Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
  • Apabila kekuningan, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan panas-panas.

Tips Mengoreng Sotong Goreng Tepung yang Rangup

  1. Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betul-betul ditoskan.
  2. Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya kelak tidak akan melekat pada sotong.
  3. Pastikan minyak untuk mengoreng sotong perlu betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas. Ini menjadikan proses menggoreng tidak berlaku dengan baik.
  4. Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak dalam sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.
  5. Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkan. Jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.
  6. Sediakan alas pinggan dengan tuala kertas ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.

Okay, selamat mencuba resepi sotong goreng tepung rangup yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di artikel seterusnya. Semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Kung Pao Paling Lazat

 

Sotong Goreng Tepung Rangup yang Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *