Assalamu’alaikum…

Sotong Goreng Kicap yang Wajib Cuba – Saya ingin bercerita sikit tentang Ramadan puasa tahun lepas. Alhamdulillah, berjaya habiskan hari pertama walau diri masih dalam perhatian doktor dan pantauan kesihatan,syukur juga tak memudaratkan diri. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Macam mana hari pertama korang, mesti la ok kan, bukan kali pertama puasa pun kan, untuk yang kali pertama semoga berjaya hingga ke 30 Ramadhan ye.

Sahur hari pertama kat rumah mertua, balik sana sekejap kebetulan mak dan bapak demam, kesian dengan diorang, sempat saya masakkan lauk sahur, goreng sayur dan asam pedas ikan cencaru. Alhamdulillah juga dalam demam-demam mak ngan bapak boleh makan nasi sahur tu. Sekurangnya ada tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Berbuka?…saya ngan suami dari awal kahwin tahun lepas lagi memang akan elakkan ke Bazar Ramadhan kalau boleh, kecuali memang tak larat langsung nak masak. Kalau masak pun kami takkan masak banyak lauk, 1 sayur 1 lauk pun dah cukup, hari ni kebetulan saya lambat sampai rumah. Jadi beli kerabu je kat gerai area rumah dan balik masak sotong masak kicap, itu je lah untuk berbuka. Rezeki juga bila mak cik sebelah seperti tahun lepas, setia menghulurkan juadah dan kuih-muih. Sebab ini la saya jarang beli kuih. Jom tengok resepi mudah Sotong Masak Kicap ala saya:

Artikel Lainnya:

Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong, dibersihkan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Kicap manis, secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis

Bahan untuk Dikisar atau Tumbuk Halus:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk Rempah Tumis:

  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 batang cengkih
  • 4 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut.
  • Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
  • Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
  • Angkat dan hidangkan.

Mudahkan?… Masak simple-simple je,boleh makan sampai kenyang. heheheee… Dua orang makan tak perlu banyak-banyak pun. Kang tak habis ke tong sampah pulak jawabnya. Minimumkan pembaziran makanan ye. Insya Allah kita cuba.

Read More: Resepi Asam Pedas Kedah Paling Mudah dan Sedap

Sotong Goreng Kicap yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *