Assalamu’alaikum…

Singgang Pedas Ikan Darat dan Kebaikannya Bagi Tubuh – Masakan kegemaran seluruh keluarga. Bila sebut ikan darat, anak-anak akan bersedia lebih cepat di meja makan. Saya pula biasanya akan masak nasi lebih daripada biasa. Kalau diikutkan suami saya tak suka makan darat seperti puyu, haruan dan turbo, tapi semenjak kami kahwin dah jadi kegemarnnya.

Sekarang, tak perlu minta dibelikan, kalau ke pasar pasti dibelinya. Pernah beberapa kali dibelinya ikan haruan dan ikan turbo yang belum disiang. Apalagi bersilatlah saya nak kerjakan ikan tu. Jadi saya dah siap berpesan, saya suka sangat masak ikan-ikan tu, tapi yang dah siap disiang lagi senang. Kalau tidak, nasiblah si ikan tu terperap dalam besen besar untuk sehari dua. heheheee…

Selain daripada masak tempoyak, ikan darat enak dipanggang dan yang menjadi kegemaran anak-anak saya ialah Singgang Pedas. Hari ni saya nak kongsi resepi family saya ni, cukup mudah dan sihat sebab tanpa santan. Cara penyediaan yang cepat dan mempunyai rasa yang berbeza, berbaloi memasaknya sebab anak-anak saya sukakan kuah yang masam dan kombinasi ikan darat yang lemak memang mantap. Okey… jom kita jeling-jeling resepinya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan turbo (kalau takde ikan sungai lain pun boleh seperti puyu dan haruan) – buang sisik, basuh dan rendam dengan air asam jawa
  • 3 keping asam keping
  • 4 cawan air – nak kuah banyak tambah lagi airnya
  • Garam, perasa dan sedikit gula (gula ni boleh hilangkan hanyir ikan)

Bahan tumbuk:

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu cili kering yang dah di mesin
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 camt serbuk kunyit

Cara-cara membuat:

  • Masukkan ikan yang dah ditoskan (selepas direndam), bahan tumbuk, asam keping, air, garam, perasa dan gula dalam periuk.( ada orang masukkan budu tp akak tak suka)
  • Jerangkan atas api sehingga mendidih.
  • Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Siap dan boleh dimakan panas-panas dengan nasi putih, ulam pucuk tere dan budu.

Kebaikan Ikan Turbo:

  1. Turbo mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
  2. Turbo mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
  3. Turbo mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
  4. Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

Makan ngan nasi regukan ngan ikan goreng ngan timun potong pun dah cukup, tak pun pucuk paku goreng ngan ulam-ulam memang power. Memang menambah-nambah lah kiter yek. Okey.. tu jer yek resepi kali ni, lain kali kita wat resepi lain lak yek hehe…

Mudah-mudahan apa yang saya telah dikongsikan mungkin berguna untuk anda semua, dan selamat mencuba… 😉

Read More: Ikan Cencaru Masak Taucu Paling Sedap

Singgang Pedas Ikan Darat dan Kebaikannya Bagi Tubuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *