Assalamu’alaikum…

Siakap Sup Berlengkuas Mudah dan Sedap Sangat – Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya menjadi seorang yang sangat sentimental, sangat sedih, sayu dan hiba. Segala perasaan muram bercampur baur. Tiba tiba saya menjadi malu akan perbuatan saya sendiri. Saya merasa segan dengan apa yang dibuat selama ini. Dalam masa yang sama, saya ingin sentiasa meredhakan apa sahaja yang saya alami dan ingin meletakkan semuanya pada percaturan Allah.

Sudah semestinya sebagai manusia kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada di dunia ini. Jadi saya memperbanyakkan membaca buku-buku dan mendengar kuliah agama untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan supaya saya lebih bersedia. Bersedia menempuhi apa sahaja ketentuan Allah. Itulah sebenarnya antara sebab sebab saya tidak ada mood untuk menulis blog seperti masa lalu. Sekadar menulis ala kadar sahaja.

Berbalik kepada resepi pula, saya belajar resepi ini dari sahabat saya Miranda semasa mengunjungi rumah mereka ketika itu di UiTM Segamat. Saya melihat beliau menyediakan sup ini sambil bersembang sembang di dapur. Nampak mudah dan ringkas tetapi hasilnya sangat sedap. Jadi kalau tak ada idea, dan jemu untuk memasak lemak sahaja, bolehlah mencuba resepi Siakap Sup Berlengkuas ini pula. Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini dulu…. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor siakap XL (dibersihkan)
  • 3 cawan air
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (dihiris/diketuk))
  • 1/2 inci halia (dihiris/diketuk)
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit hirisan daun sup

Cara-cara Membuat:

  • Didihkan air di dlm kuali besar. Masukkan serai, bawang, lengkuas dan halia. Biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan sos tiram. Kacau perlahan. Kemudian barulah dimasukkan ikan, cili api, sedikit daun sup dan garam secukup rasa.
  • Setelah ikan hampir masak, masukkan jus limau dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata-rata.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Setelah masak, taburkan lebihan daun sup. Hidangkan panas-panas.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi¬†Siakap Sup Berlengkuas ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Acar Ikan Masin Sedap dan Simple

Siakap Sup Berlengkuas Mudah dan Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *